"Kesilapan Terbesar Saya Adalah Menubuhkan Alibaba..."


PENGASAS Alibaba Group, Jack Ma mendedahkan kesilapan terbesar di dalam hidupnya adalah sewaktu beliau memutuskan untuk menubuhkan syarikat jual beli atas talian, Alibaba.com.

Menurut laporan portal Shanghaiist, Jack Ma berkata kejayaan besar Alibaba telah membuatkan dirinya tidak pernah lekang daripada masalah dan menyebabkan dia tiada masa untuk diri sendiri akibat terlalu sibuk.
“Kesilapan terbesar saya adalah menubuhkan Alibaba. Saya tak pernah terfikir benda ini (Alibaba) boleh mengubah hidup saya.
“Saya cuma hendak berniaga kecil-kecilan dan tidak sangka ia menjadi besar sehingga begini, ia memerlukan tanggungjawab yang besar dan ia turut mendatangkan pelbagai masalah.
“Hari-hari saya boleh diibaratkan sebagai seorang presiden, dan saya tak ada sebarang kuasa dan saya tak ada kehidupan,” terang lelaki yang berusia 51 tahun itu.
“Jadi saya ingat, dalam hidup saya yang keseterusnya, kalau ada, saya tidak akan buat bisnes seperti ini. Saya akan jadi diri sendiri, dan saya mahu berseronok dengan hidup saya,” katanya.
Jack Ma berkata demikian ketika sesi soal jawab pada 21 Jun lalu di 20th St. Petersburg International Economic Forum di Rusia. Syarikat Alibaba kini dianggarkan bernilai AS$190 bilion. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Shanghaiist

No comments

Powered by Blogger.