Ramadhan. Ini KEJUTAN Sultan Brunei Terhadap Rakyat Yang Buat Rakyat Malaysia CEMBURU !!!



Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menitahkah rakyatnya untuk bekerja selama 6 jam sahaja setiap hari.
Perkara tersebut diberitahu melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.
Bagi mereka yang bekerja di Kementerian dan Jabatan Kerajaan, waktu bekerja pada hari Isnin sehingga Khamis adalah pada pukul 8 pagi hingga 2 petang. Manakala, pada hari Jumaat pula adalah dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi.


Sementara bagi pekerja yang bergaji hari pula, masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa.
Kalau ikutkan hanya negara-negara Eropah sahaja yang mengamalkan waktu kerja seperti ini dan boleh dikatakan produktiviti kerja mereka sangat tinggi.
Memang best sangat. Mesti ramai yang nak berhijrah ke Brunei lepas ni. KREDIT HANASUVA.

Sumber: berita-harian

No comments

Powered by Blogger.