Video: Detik Ceria Adik Daniel Sebelum Mati Didera


KISAH kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari Singapura, Mohamad Daniel Mohamad Nasser akibat didera ibu dan teman lelaki ibunya mendapat perhatian netizen dari kota Singa dan juga di Malaysia.



Penderaan fizikal dan mental selama lima minggu yang dilalui adik Daniel sememangnya cukup perit untuk dilalui kanak-kanak sekecil itu.

Menurut rekod, Daniel hampir setiap hari didera secara melampau termasuk ditendang, ditampar, dada dan perutnya dipijak selain dipaksa berdiri berjam-jam sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala dengan hanya memakai lampin.


GAMBARAJAH MENUNJUKKAN KECEDERAAN DIALAMI DANIEL DI HAMPIR SETIAP INCI TUBUHNYA.
GAMBARAJAH MENUNJUKKAN KECEDERAAN DIALAMI DANIEL DI HAMPIR SETIAP INCI TUBUHNYA.
Malah, si kecil tak berdosa ini juga dipaksa makan cili kering hampir setiap hari.
Adik Daniel telah menghembuskan nafas terakhir pada 23 November lalu akibat teruk didera.
Berikutan kematian menyedihkan ini, ada seorang netizen telah berkongsikan sebuah video yang menunjukkan adik Daniel sedang bergembira dan bergelak ketawa seperti mana kanak-kanak seusianya.

Kini, semua itu hanya tinggal kenangan hanya disebabkan tindakan ‘bodoh’ ibu dan kekasih wanita itu yang tergamak menderanya sehingga membawa kepada kematiannya. – MYNEWSHUB.CC



loading...

No comments

Powered by Blogger.