Amar Baharin Dan Amyra Rosly Umum Tarikh Pernikahan

 



Amar Baharin dan Amyra Rosli telah membuat satu majlis sidang media sebentar tadi untuk mengumumkan berita gembira kepada peminat-peminat mereka.

Mereka mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada 11 November 2016. Tarikh ini dipilih bersempena dengan tarikh lahir ayah kepada Amyra.

Majlis sidang media dibuat di Sunway Montana Melawati.

Untuk pengetahuan, keluarga Amar sudahpun menghantar rombongan merisik ketika sambutan Hari Raya Haji 2015.

Ini butiran majlis yang bakal berlangsung

11 November 2016 - Majlis Akad Nikah
12 November 2016 - Majlis resepsi sebelah perempuan
19 November 2016 - Majlis resepsi belah lelaki

Tahniah!! - beritamemey

No comments

Powered by Blogger.