"Baru Sekarang Arjuna Tahu Dia Ada Ayah..."




Rita Rudaini tidak menangis ketika perkahwinan bekas suaminya, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal baru-baru ini, akan tetapi Abang Nara yang sebak apabila membaca temubual pelakon hebat ini bersamaUtusan Malaysia. Memang tabah dan cekal sungguh hati seorang insan bernama Rita Rudaini ini. Sesungguhnya Abang Nara respek dan kagum dengan kekuatan semangatnya selepas gagal dalam rumah tangga dan menghadapi cabaran membesarkan 2 orang anaknya.

Ditanya apakah perasaannya pada hari bekas suaminya berkahwin sekali lagi, Rita menjawab:-


Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ?dahsyat? daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu?'

Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ?kesakitan? saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ?kecil? bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini.


Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa)

Dan kerespekan Abang Nara terhadap Aidil Zafuan juga bertambah apabila pemain bola sepak ini menghabiskan masa selama 2 minggu untuk bersama anak-anaknya. Cerita Rita:-


Ada, dia datang, jumpa anak-anak. Dia mesej saya mahu datang. Mulanya memang saya terkejut sebab setelah sekian lama, akhirnya dia datang juga untuk jumpa anak-anak. Saya pun tak ada masalah sebab dia sudah lebih sembilan bulan tak jumpa anak. Saya faham perasaan dia sebab dulu dia dan Rayyan memang terlalu rapat. Hati saya pun jadi semakin terbuka. Sebab itu saya menerima kehadiran dia kerana anak-anak sudah lama tidak melihat bapa sendiri.

Sekitar dua minggu sebelum dia berkahwin. Hampir setiap hari dia habiskan masa dengan anak-anak. Mereka tidur bersama, makan bersama, buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Punyalah anak-anak seronok. Melihat keakraban mereka semula, saya sebagai ibu merasa sangat gembira. Saya merasa sebak sangat sebab sebelum ini anak kami, terutamanya Arjuna tak pernah tahu apa itu makna Daddy. Baru sekarang Arjuna tahu yang Daddy tu ayah dan dia ada ayah.

Apa yang Abang Nara dapat simpulkan ialah Rita Rudaini redha dan gembira melihat Aidil kini bahagia di samping isterinya, Zarema Zainal. Itu satu sikap yang harus kita puji. Tiada perasaan dengki, cemburu ataupun benci. Memang kecekalan Rita harus dijadikan contoh kepada wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa. Sama-samalah kita doakan agar Rita juga akan menemui kebahagiaanya satu hari nanti.

Sumber: mulutkecoh

No comments

Powered by Blogger.