"Beringat semua jadikan ini sebagai pengajaran, duit aku banyak hilang dalam akaun Maybank..."



SEMAK AKAUN BANK ANDA! Saya sudah jadi Mangsa!!!
Hari ini, balik dari office, aku pergi ke ATM Maybank di menara Sime Darby. Sebelum keluarkan duit, aku tergerak hati untuk check baki akaun simpanan aku (di mana gaji di masukkan dalam tu). Selalu aku akan tengok baki selepas withdraw, atau tak print langsung sebab kita tahu lah cash flow kita. Lepas aku check balance, aku terkejut sebab akaun aku macam 'banyak berkurangan'. Bila aku print penyata ringkas, baru aku perasan yang sebenarnya ada transaction yang dibuat tanpa pengetahuan aku. Tambah terkejut, sehari berlaku beberapa kali transaction yang aku tak tahu. 


Di dalam gambar yang tertera, LNK tu adalah online transaction yang aku tak tahu. Yang ATM tu adalah transaction yang aku buat sendiri. Di pendekkan cerita, aku dah report dekat Maybank and aku kena withdraw semua duit aku yang dah banyak hilang tu. Rupanya, transaksi ini dah banyak kali berlaku and baru perasan. So peringatan kepada semua, selalu semak baki akaun anda, kalau curiga dan ada transaksi yang diragui, lapor kepada pengendali bank anda serta Bank Negara sebagai badan penyiasat penuh. So aku tengah stress gila sebab Maybank cakap kena buat siasatan. Selesai siasatan, baru aku boleh tahu sama ada Maybank akan refund atau tidak transaction yang tidak diketahui itu. Sekian keluhan saya.
Perkongsian Harits Karev
Sila SHARE kepada semua supaya berwaspada.
loading...

0 Response to ""Beringat semua jadikan ini sebagai pengajaran, duit aku banyak hilang dalam akaun Maybank...""

Post a Comment