"Nampak je gambar Najib, aku paling muka, dulu..."

Tidak dinafikan pada ketika ini, Kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib menerima kritikan dan serangan bertalu-talu daripada media pro pembangkang dan juga antarabangsa mengenai skandal 1MDB. Namun, pemilik Facebook Mag Malaysia melihat dari sudut perspektif lain sebagai seorang marhaen. Baca lagi tulisan beliau:


Apa pandangan kau pasal Najib?

Berani ke kau undi Pembangkang yang tunggang terbalik tu gantikan UMNO?

Sebagai peniaga, usahawan muda, apa yang kau patut buat?

Aku pernah dalam situasi korang, maki kerajaan kat Facebook ni antara benda paling high kau boleh buat. Sebab apa? Ramai sokong, ramai likes, ramai komen maki sama-sama. Dan kita rasa high bila ada orang satu kepala dengan kita, kita sonok bila orang like status kita. Sebab kita rasa kita betul.

Tapi dalam hidup ni kita ada banyak pilihan, ada pilihan yang baik untuk kita. Ada jugak pilihan yang baik untuk kita DAN ORANG LAIN. Sini aku cerita.

"Haaa, Mag mesti nak back up kerajaan. Mag Macai! Mag Macai!"

Tak bro, aku antara orang yang paling f*ck kerajaan yang pernah kau jumpa. Dulu. Nampak je gambar Najib, aku paling muka, dulu. Ada je page maki kerajaan, aku follow, dulu. Orang maki kerajaan, aku ikut, dulu. Tapi itu dulu. Benda benda ni memenatkan, letih, dan tak efektif. Dan aku tak suka buat benda ulang ulang untuk dapat hasil yang berbeza, Einstein cakap itu kerja gila.

Hari-hari maki, hari-hari carut. Tapi diri sendiri tak berubah. Negara kita ni UMNO/BN yang pegang, kita mintak dia macam-macam. Nak jadi cam Singapore lah, nak jadi macam Sweden lah, United States lah, Australia lah. Kita nak Malaysia maju macam orang lain, itu bagus. Kita komplen, itu bagus.

Tapi tanya benda ni ke diri kau, jangan tanya apa negara boleh buat untuk kau, apa yang kau boleh buat untuk negara kau?

Kau habes makan KFC Mekdi, dulang kau tak pernah nak angkat. Kau tengok bola kat stadium, kau merokok dalam stadium. Kau maki kerajaan takde public transport yang bagus, tapi plastik air kau tak reti nak buang dalam tong. Kau maki cikgu-cikgu sekolah kerajaan pemalas macam sial, tapi dekat rumah kau belikan anak kau Tab main Angry Bird.

Hidup ni banyak pilihan bro, sibukkan diri majukan diri sendiri, dan orang lain. Buat video cemana kau spray helmet, buat video cemana kau custom Jordan 4 kau, buat video apa itu jahitan rantai, buat video apa beza "stationary" dan "stationery", buat status yang ajak orang ke arah kebaikan, ke arah buat duit, ke arah bisnes, buat tulisan yang boleh ajar orang cemana nak buang sampah dalam tong, ajak orang jangan merokok dalam stadium. Ajak orang ke arah kebaikan, itu poin dia.

Engkau berharap UMNO BN ubah negara ni, bukan cemtu bro. Bukan. Ubah negara ni tanggungjawab kita jugak, kita yang kena sedar yang isap vape kat mamak depan anak anak kecik tu merosakkan negara jugak. Kencing kat tandas Petronas tak flush, itu merosakkan negara jugak. Preng preng preng hujung minggu, itu pon merosakkan negara jugak.

Tenang bro kat Facebook, tenang. Ajak orang buat baik, ajak orang buat duit, naikkan ekonomi kampung kau, pergi jual kopi tepi jalan, buat kelas, sebar flyers cemana nak FB Ads kat orang kampung. Jangan tunggu kerajaan. Jangan.

"Kita tak boleh nak salahkan ombak terlalu kuat, kurang-kurang kita boleh belajar main surf."
Tapi bro, kalau kau rasa memaki hamun sesuatu yang enak, silakan. Teruskan. Teruskan dan takkan ada benda yang akan berubah, sebab kau sendiri tak berubah.

-----------------------------
Ada orang sokong UMNO,
Ada orang sokong PKR;
Kau sokonglah sesuatu yang memajukan orang lain.
Okay, go.

Mag Malaya | 


Sumber: The Alternatif 
loading...

0 Response to ""Nampak je gambar Najib, aku paling muka, dulu...""

Post a Comment