Program Cium ‘Tapak Kaki’ Nabi, Nabi, sedih tengok program macam ni di agung-agungkan...





Program yang diadakan di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar itu difahamkan mempelawa pengunjung bukan sahaja untuk melihat, malah mengucup dan menjunjung athar baginda yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.



Ini termasuk antaranya bekas tapak kaki, helaian rambut dan pedang baginda SAW yang dipercayai dipinjam daripada Masjid Jama’ New Delhi, India.

Menerusi rakamam video berdurasi 31 saat, kelihatan beberapa individu yang bertabarruk dengan mencium replika tapak kaki buatan itu dan seolah-olah ‘bermunajat’ seketika dengan pantauan daripada penganjur.

Selain tapak kaki, turut kelihatan upacara meletakan rambut baginda di atas kepala agar mendapat pengunjung mendapat keberkatan ‘lebih’ seperti yang dicanang-canangkan dalam poster program itu.



Merujuk perkara ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perbuatan mencium dan menjunjung barang yang dianggap kesan peninggalan Nabi Muhammad SAW dengan gaya melampau boleh bawa kepada hukum syirik

“Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah. Kalau ada pameran pun pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Katanya, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menggalakkan umat Islam melakukan perbuatan yang dikatakan untuk memperoleh meningkatkan kecintaan dan keberkatan, amalan yang juga dipanggil tabarruk.

“Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu.

“Jadi tidak perlu buat begitu, banyak lagi sunnah Rasulullah yang boleh diikuti,” katanya seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita akhbar arus perdana.

Manakala Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri mengatakan jika peninggalan Nabi Muhammad, yang dipanggil athar, seperti pedang itu tidak boleh disahkan oleh mana-mana sejarawan dan para ulama yang boleh dipercayai, maka penganjuran acara pameran sebegitu sepatutnya dielakkan. -MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "Program Cium ‘Tapak Kaki’ Nabi, Nabi, sedih tengok program macam ni di agung-agungkan..."

Post a Comment