Sekolah Bukan Mahkamah; Guru Bukan Hakim!

Tidak semua orang boleh jadi guru. Tetapi, semua orang pernah jadi pelajar. Tidak perlu rasanya beretorik dalam isu ini. Kita terus ke topiknya.

Guru sekarang sejak sedekad dua ini sangat daring. Kisah guru pukul pelajar, ada kalanya mengalahkan kalah stail gengster tepi jalan. Guru belasah pelajar sama dahsyat dengan budaya samseng: petik kaum turun tangan kasi mati!
Zaman dulu guru paling hebat, mampu mematahkan pembaris ketika merotan pelajar.
Namun, guru sekarang makin lejen. Guru sekarang mampu merotan pelajar hingga berbalur tubuh dari betis sampai tengah belakang. Malah, dalam kes lebih tragik guru boleh libas penampar tiga kali swing – sampai teleng urat leher pelajar.
Kalau kita google isu-isu guru bertindak ganas terhadap pelajar, timbul kesedaran: Dalam kerjaya penjawat awam sekarang – gurulah nampaknya paling gengster. Aksi-aksi pembantaian lebih kurang sama macam perangai bouncer hentak orang di pub dan bar.
Malah, setanding dengan cerita – kaki pukul belasah orang yang cuba lari tidak bayar hutang Along.
Jangan sensitif. Ini bukan fitnah. Ini spot kecil pandangan seorang bapa yang anak-anaknya pernah dan sedang bersekolah. Juga spot, orang yang sudah 25 tahun jadi wartawan. Sudah banyak terdedah dengan isu kes guru belasah pelajar.
Guru kena berubah. Bebanan kerja atau alasan demi matlamat mendidik – tidak relevan untuk dijadikan sebab tercetusnya keganasan.
Malah, jangan bagi alasan bodoh: *Konon kerana pelajar jahat, melawan cakap guru, pakai baju ketat, maka – guru wajar bertindak macam gengster Yahudi. Bantai pelajar sampai setengah mati!
Guru tetap guru. Guru darjatnya adalah pendidik. Kena faham prinsip ini! Pendidik tidak akan menjadi samseng semata-mata provokasi pelajar. Rakan pendidik pula, tidak akan menyalak di FB ketika siasatan dijalankan polis dan pihak kementerian. Guru sejati tidak akan berbangga dengan keganasan.
Mana boleh guru sejati cuba menyakinkan masyarakat di FB: “Kami pukul, sebab pelajar ini jahat!”
Guru sejati tidak masuk FB mencela balas keluarga pelajar.
Guru yang ada akal tidak akan beri alasan: “Kami juga manusia biasa. Kami ada had kesabaran. Kalau pelajar cabar, kami akan hilang sabar!”
Kalau ada hadnya, dan kalau selepas tercabar, guru akan bertindak macam semseng – hancurlah negara. Kalau ada guru rasa tindakan ganas kerana hilang sabar satu yang munasabah; baik berhenti. Kita tidak mahu budaya ini meluas. Sebab guru pun kena tahu juga had sabar emak bapa!
Orang besarkan anak, bagi makan, sediakan pakaian serta didodoi siang malam tanda kasih-sayang. Orang tidak besarkan anak untuk dihantar ke sekolah dan jadi mangsa pembantaian guru.
Jangan jawab kata: Kalau tidak mahu anak dipukul, jangan hantar ke sekolah.
Hello! Sekolah bukan dibuat dengan duit emak bapa guru. Sekolah dan gaji guru dibayar melalui wang rakyat!
Untuk makluman guru, emak bapa pun, ramai yang reti bab-bab membantai ini. Kita sebenarnya, tidak mahu tengok guru kena bantai sampai berbalut macam pocong!
Hentikan sikap denial. Murid akan datang dengan pelbagai pakej. Guru tidak boleh asyik heboh macam Yahudi gila, ketika meraikan pelajar 17A. Takat gila glamer menyanjung pelajar cemerlang saja itu bukan sikap guru sejati.
Guru sejati buat masa sekarang: Ialah yang tidak membantai pelajar sampai patah riuk atau berbalut leher. Juga bukan guru-guru yang ghairah masuk FB menghina pelajar nakal dan keluarganya apabila berlaku perselisihan. Itu bukan guru!
Itu sikap konco samseng dan gengster! 
Sumber – MYNEWSHUB

1 comment:

  1. Sekolah bukan mahkamah, guru bukan hakim ye.. abis tu blog/fb/twitter boleh jd mahkamah dan wartawan/penulis boleh jadi hakim ke? campur adukkan situasi itu dan ini pastu buat ulasan berat sebelah.. maybe aku tak betul2 faham tugas wartawan/penulis, korang faham ke betul2 tugas guru? Jangan senang2 fikir apa yang korang nak cakap pastu cari keyboard.. binatang yang lapar pon pandai cari makan la walaupun tak ada akal..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.