(Video) Bas Rempuh 10 Kenderaan di Lebuhraya Plus


Ipoh, 10 Julai - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan  (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu, yang dalam keadaan laju, merempuh kenderaan-kenderaan itu dari belakang.

Punca kejadian tidak dapat dipastikan.

Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.

Setakat ini, belum ada laporan rasmi mengenai kejadian.


Sumber : Bernama Radio, LLM Info Trafik

No comments

Powered by Blogger.