"Wanita Guna Susu Badan `Ajar’ Rakan Sepejabat..."



Bengang kerana krimer yang disimpan di dalam peti sejuk di pejabatnya sering digunakan oleh rakan-rakannya untuk dicampur dalam air kopi mereka, seorang wanita telah membalas dendam dengan cara yang paling `nakal’..
Dia telah menulis nota yang dilekatkan pada sebotol krimer dan kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk.
Nota berkenaan tentunya mengejutkan si pencuri `susu; tersebut.
“Selamat pagi. Kepada mereka yang menikmati krimer kopi saya sepanjang minggu…Surprise !!! ….anda telah minum air susu badan saya. Harap anda menikmatinya.. bergembiralah!
Bagaimanapun wanita yang menulis nota itu hanya menggelar dirinya sebagai `B’ dan tidak menyatakan di mana dia berada.
Gambar nota yang ditampal pada botol susu itu telah dimuatnaik dalam Reddit dan turut dikongsi dalam Facebook Breastfeeding Mama Talk.
Ia telah mendapat 12,000 likes dan dikongsi 2,500 kali serta mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai, hanya dalam masa tiga jam ia dimuatnaik. - mynewshub

No comments

Powered by Blogger.