"Ahmad Syukri rogol gadis 14 tahun terlepas hukuman penjara 30 tahun selepas kahwin dengan mangsa rogolnya..."

Sekadar Gambar Hiasan


Seorang lelaki yang didakwa merogol gadis bawah umur 14 tahun terlepas daripada hukuman penjara selepas mengahwini mangsa.

Kes itu mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi yang mendesak pengharaman perkahwinan kanak-kanak dan menuntut keadilan diberikan kepada mangsa keganasan seksual.

Ahmad Syukri Yusuf, 22, didakwa melakukan rogol statutori terhadap remaja itu tahun lalu dan berdepan hukuman 30 tahun dan penjara jika sabit kesalahan.

Beliau kemudian mengahwini remaja itu bawah undang-undang Islam, menurut pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Hamid.

Keputusan yang disampaikan minggu lalu itu ternyata menimbulkan rasa berang kumpulan hak-hak wanita.

“Sudah menjadi hal biasa perogol mengahwini mangsa mereka, terutamanya apabila mereka bawah umur, untuk melindungi jenayah mereka,” kata jurucakap Pertubuhan Pertolongan Wanita Tan

Heang Lee kepada Thomson Reuters Foundation.

Tan berkata mereka menolak langkah itu kerana mangsa mungkin terdedah kepada penderaan seksual untuk seumur hayat mereka.

“Perkahwinannya (mangsa) secara asasnya hanya kepanjangan kepada aktiviti rogol,” katanya.

Bawah undang-undang, umur sah berkahwin ditetapkan 18 tahun.

Bagaimanapun wanita Islam bawah 16 boleh memohon kebenaran berkahwin daripada mahkamah syariah.

Kira-kira 16,000 gadis di Malaysia berkahwin sebelum menyambut ulang tahun kelahiran ke-15 mereka, menurut data dikumpul Human Rights Watch daripada statistik kerajaan pada 2010.

Di peringkat global, 15 juta gadis berkahwin bawah umur 18 pada tahun lalu, menurut kumpulan Girls Not Brides.

Sumber: Malaysiakini
loading...

0 Response to ""Ahmad Syukri rogol gadis 14 tahun terlepas hukuman penjara 30 tahun selepas kahwin dengan mangsa rogolnya...""

Post a Comment