Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai Dengan Farah Lee

Desas-desus telah bertiup kencang tentang penceraian Ally Iskandar dan Farah Lee baru-baru ini. Tidak mahu para peminat terus membuat spekulasi sendiri, Ally Iskandar hari ini telah membuat pengesahan tentang berita tersebut menerusi akaun Facebooknya dalam satu kenyataan rasmi. Sesungguhnya berita ini memang mengejutkan namun kalau sampai di sini jodohnya, siapalah kita untuk menidakkannya.
Ally Iskandar farah lee cerai
Tulis Ally Iskandar:-
BismillahirRahmanirRahim,
Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27. Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan.
Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah saya failkan dengan persetujuan Nurfarahin.
Pada 17 Ogos 2016, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.
Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga, dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya adalah baik.
Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami.
Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah. Saya doakan yang terbaik buat semua. Semoga Allah rahmati kita sentiasa.
ALLY ISKANDAR MOHD MARDZI
19 Ogos 2016
ally iskandar farah lee cerai
Semoga Ally Iskandar dan Farah Lee tabah menghadapi suratan takdir ini. Yang penting anak mereka berdua iaitu Maream Esabel akan terus mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sama-sama kita doakan. - beautifulnara

No comments

Powered by Blogger.