Berapa Ganjaran Diterima Pemenang Pingat Olimpik?


PARA atlit menghabiskan hampir seluruh hidup mereka, berlatih untuk mengambil bahagian mewakili negara masing-masing dalam Sukan Olimpik.

Mereka berpenat lelah untuk mengharumkan nama negara di samping merebut ganjaran yang akan diberikan sekiranya usaha mereka berjaya.

Mari kita lihat bagaimana negara-negara memberikan ganjaran kepada atlit mereka selepas memenangi medal dalam sukan berprestij tinggi ini.
Singapura memberikan ganjaran tertinggi
rio5
Persekutuan Kebangsaan Singapura membayar atlitnya yang berjaya membawa pulang medal dengan jumlah paling tinggi iaitu $ 734,000 (RM2,960,845) kepada pemenang pingat emas, $ 367,000 (RM1,480,422) kepada pemenang pingat perak dan $ 183,000 (RM738,194) kepada pemenang pingat gangsa.
Tiada hadiah wang tunai dari United Kingdom
rio4
United Kingdom merupakan satu-satunya negara yang tidak menawarkan wang tunai kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik, walaupun atlitnya membawa pulang pingat emas.
Beri ganjaran wang tunai mengikut tempoh masa
rio 3
Thailand menawarkan wang tunai berjumlah $ 314,000 (RM1,266,628) dalam tempoh masa 20 tahun dan Filipina pula menawarkan $ 237,000 (RM956,022) dalam tempoh masa yang sama kepada pemenang pingat emas mereka.
Malaysia beri ganjaran yang berbeza
rio2
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberikan ganjaran bar emas padu kepada pemenang pingat emas. Bar emas padu yang diberikan bernilai $ 600,000 (RM2,420,310).
Negara-negara besar menawarkan jumlah yang lebih kecil
rio 1


Negara seperti Perancis, China, USA dan Jerman menawarkan jumlah yang sangat kecil kepada pemenang pingat berbanding negara kecil seperti Azerbaijan dan Kazakhstan!

Sumber : mynewshub

No comments

Powered by Blogger.