Haram masih carum skim lama





Orang ramai beratur panjang untuk menukar skim simpanan KWSP mereka daripada Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah di pejabat KWSP Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pencarum beragama Islam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menanggung dosa sekiranya tidak beralih kepada skim Simpanan Shariah memandangkan mereka kini sudah mempunyai pilihan untuk berbuat demikian.

Menurut pakar kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, kelebihan Simpanan Shariah terletak pada kesucian dividen memandangkan ia diperoleh daripada sumber yang halal.

“Dengan pelaburan patuh syariah ini, tidak timbul lagi isu berapa bahagian daripada dividen itu yang harus dibersihkan,” ujarnya.

Beliau menambah, pencarum dianggap tidak berdosa menca­rum dalam Simpanan Konvensio­nal sebelum ini kerana ia bukan pilihan sendiri manakala Simpanan Shariah belum diwujudkan.

“Namun, pencarum akan menanggung dosa sekiranya tidak menukar kepada Simpanan Shariah kerana mereka sudah mempunyai pilihan,” tegasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
loading...

0 Response to "Haram masih carum skim lama"

Post a Comment