"Kerja Petik Buah Tak Mudah – Korang Tak Boleh Kerja Sebagai Pemetik Buah Di Australia Jika Ada 11 Ciri Ini…"


KINI TRENDING
petik buah header
Kerja sebagai pemetik buah semestinya menjanjikan pendapatan yang lumayan bagi siapa yang rajin dan pandai membawa diri. Namun, ada juga yang menghadapi kesukaran di permulaan kehidupan berhijrah sebagai pemetik buah di Australia, ada yang ditipu apabila setibanya di ladang ejen tiba-tiba ghaib.
Berpengalaman selama setahun sebagai pemetik buah di Australia, brader ni bagi 11 ciri orang yang tak boleh kerja di sana. Sebenarnya bukan kerja petik buah di Australia je, kerja di Malaysia pun kalau ada mentaliti macam ni tak kemana. Jom baca!

Bajet kerja macam ofis, mental tak kuat dan suka dengar cakap orang

collage pic 1
11 fuckta orang yang TAK BOLEH kerja petik buah di Australia
1) Budget kerja farm macam kerja ofis.
Orang jenis ni nak kerja senang je. Susah tak mau langsung.
2)Nak cepat kaya
Orang jenis ni nak duit banyak tapi malas pergi kerja. Jenis ni patutnya main skim cepat kaya ja bukan mai petik buah kat sini tak pon jadi perdana menteri Malaysia.. Senang-senang ja dia buat duit..
3)Mental tak kuat
Orang jenis ni spesis anak mak, hati gadis, takut awek, tapi nak mai kerja Australia gak. Ada yang nak balik sebab rindu kucing pun ada. haha. Jem
4)Kaki Melancong
Orang jenis ni nak kerja nak kerja, nak melancong nak melancong bila tahun nak simpan duit. Cuti lagi banyak daripada kerja.
5)Suka dengar cakap orang
Orang jenis ni dengar je tempat lain boleh buat lebih sikit CUNGGIT pi tempat lain teruih. Tak reti nak sabaq. Dah lah nak travel kena pakai duit banyak. Lepastu bila tak da duit merungut. Time tu kawan kawan lah jadi mangsa kena support dia.

Asyik fikir negatif, kerja sehari dah nak balik Malaysia

13615285_213011585763025_3897145318443218183_n
6)Buat kerja slow.
Orang jenis ni takmau nak improve cari skill buat kerja bagi cepat. Dah lah buat kerja slow tapi sembang nak duit banyak. Nak masuk race body skyline engine kancil 850 macamna nak menang race. Ngok
7)Teringin nak jadi PATI
Orang jenis ni tak ambik tau langsung nak kerja secara sah. Nak duk lama tapi tak reti nak ambik visa. Dekat australia ada cara nak bagi kerja sah. Peluang tu banyak tapi cuma malas ja nak bertanya dan usaha.
8)Jenis hasad dengki
Orang jenis ni dari malaysia pun dengki dekat orang, mai sini pun dengki dekat orang tak boleh tengok orang lebih sikit nak lebih tapi takmau usaha.
9)Tak reti berdikari
Orang jenis ni tauk mana pun sama ja. Otak tak jalan asyik bagi alasan. Banyak alasan dari usaha. Asyik nak merungut ja semua tak kena.
10)Negatif Thinking
Asyik fikir negatif ja. Kerja sehari esok nak balik Malaysia dah. Dekat Malaysia tak pernah buat kerja susah, mai sini tak faham kerja ladang tu macam mana.. Tak tau perjalanan hidup kerja farm tu mcmna. Kerja sekejap ka lama ka, nak seratus bin ke nak 10 bin tu bergantung pada FARMER.. Hujan kebanyakan farm tak boleh kerja tu pun dijadikan alasan. Bangang.
11)Tak reti nak bersyukur
Orang jenis ni dapat banyak mana pun tak pernah bersyukur. Dapat banyak tak bersyukur, dapat sikit pun tak bersyukur. Allah dah tentukan rezeki kita takat mana cuma kita ja yang tak reti nak bersyukur. Usaha lebih sikit takmau. Asyik mengharap orang ja. AHMAD MASLAN pun bagitau suruh buat 8 kerja dalam satu masa tu pon hampa tak reti nak pikiaq. Nak jilat nak jilat, nak dedak nak dedak. Perangai macai tu bawa sampai ke Australia. Seorang semak habis semua jadi semak.

Aku pun pernah kena tipu, tapi tu semua lumrah pemetik buah di Australia

*Tak dinafikan ada kontraktor yang tak bayar, tapi time kita mula-mula kerja kita pun tak tau hati budi dia macam mana. Dia memanglah janji nak bayar tiba-tiba taknak bayar. Kadang kita dengar dari orang lain payment dia on time tapi hampeh. Aku pun pernah kena macam tu. Apa tunggu lagi blah lah, aku pun CUNGGIT pi tempat lain. Aku pun pernah kontraktor tipu aku janji nak bayar gaji tapi tak dapat tu semua lumrah hidup sebagai pemetik buah di Australia.
Permainan dekat sini cukup halus cuma kita ja tak tau nak baca macam mana. Cuma geng-geng lama dekat sini ja tau baca benda tu. Tak semua kontraktor tipu, kalau hampa dapat kontraktor yang okay stay, tak okay BLAH. Banyak juga kontraktor yang aku tanya dekat sini kebanyakan dah tak mau ambik orang Melayu dah. Sebab orang Melayu ni malas kerja dan asyik nak merungut ja. Dari pengalaman aku tak semua Melayu macam tu tapi berlambak gak la. Hmmm. Nak tau tak sebab apa orang Melayu jadi macam tu?? Sebab Malaysia senang nak apply visa travel. Apply sehari esok tu dah bleh dapat. Kalau orang dari bukan negara komonwel memang susah nk apply visa travel. Kes tu orang asia yang lain buat kerja laju-laju mai sini mindset memang nak cari duit. Memang pulun kerja gila babi punya.
Nak mai sini first month hampa akan survive untuk diri sendiri. Second month baru sedap nak sent duit. Takdaknya orang mai sini kerja first & second week dah terus hantar duit 2.6 billion dah. 2 minggu pertama hampa jangan expect gaji dah. Sebab tu baru learning proses. Dok slow gak pakai tak leh buat duit la. Orang lain boleh buat duit hampa dok takat tu gak kalau slow. Cuba jadi orang paling laju kat farm. Bila dah laju baru cerita bab boleh buat duit. Lagi satu kena faham bila job petik buah dia ikut musim. Macam musim durian la kat Malaysia ada tiap-tiap bulan ka? Takkan. So dah faham bab tu. Kalau job petik sayur pulak dia tak ikut musim. Tanam ja masak tuai. Settle.

Kerja petik buah tak semudah disangka, nak stay lama kena pandai berdikari

Kesimpulannya
Nak mai melalui agent ka mai sendiri ke semua sama ja, pokok is pokok, buah is buah. Hampa dah lah nak mai sini kerja petik buah dok mai sini bajet macam kerja petik jari ja nak kerja senang. Aku dulu pun kerja macam nak gila time senang orang nampak la time susah hampa tak nampak. Hampa mai dekat Australia kalau hampa takda target memang hanyut lah pakai dok dengaq cakap orang ja. Kerja petik buah dekat Australia sini bukan semudah yang hampa sangka kalau mental tak kuat. Nak stay lama dekat sini kena pandai berdikari sebab dekat sini kita just ada kawan-kawan saja yang boleh tolong masa kita susah. So pikiaq la sendiri bagi yang dah sampai dan baru pikir nai mai Australia. Aku cerita atas pengalaman aku setahun dah dekat Australia. So chill. Rileks-rileks isap bubble gum cap senapang?
-bukansenangnaksenang-bukansusahnaksusah-
sumber: Ohbulan
loading...

1 Response to ""Kerja Petik Buah Tak Mudah – Korang Tak Boleh Kerja Sebagai Pemetik Buah Di Australia Jika Ada 11 Ciri Ini…""

  1. Jum buat duit!!!!
    Senang je!!!!
    Sila klik link kat bawah ni....
    http://earnwithinvite.com/index.php?ref=282712

    ReplyDelete