Kisah Sebenar: Gambar Viral Remaja 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun

(Kisah Sebenar) Gambar Viral Remaja 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun

Satu kisah viral tersebar hari ini tentang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan telah menikahi isterinya yang berusia 42 tahun.

Gambar pasangan pengantin berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular di Malaysia.

Perkahwinan ini dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dari pengguna FB.

Orang ramai dilihat memberi komen ucapan tahniah dan ramai mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak.

Tetapi memang ada yang menjadikan kisah perkahwinan umur yang jauh ini sebagai bahan lawak dan menyindir pasangan ini.

Ini antara komen-komen dari orang ramai:

“Tak payah mengata. Dah jodoh diorang…”

“Kenapa ramai yg menghina. Yg masih bujang tu belum tentu jodoh kamu lagi macam mana orangnya…yg dah kahwin tu jaga pasangan kamu tu..”

“Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat,”

“Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda,”

“Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang.”

“Kalau ditakdirkan itu jodoh kita, maka itulah jodoh kita. Kun faya kun. Selamat pengantin baru kalau benar ceritanya,”

“Apa kisah nabi pun nikahi wanita 40 tahun..”

Pasangan pengatin ne org kampung saya..tak perlu la nak komen lebih2..ajal maut jodoh pertemuan allah da tentu kan...kita doa kan jak semoga berkekaln hingga k jannah... 

kenapa nak pertikaikan hubungan yang halal semua tu kuasa Allah . Allah dah aturkan segala galanya .doa kan yng baik2 untuk mereka dan untuk kita juga - beritamemey

No comments

Powered by Blogger.