"Memang hari hari ke jemput anak balik sekolah?..."



Bapa dan Anak

Tengahari tadi, balik dari JPN dan JKM Kulaijaya, dah pukul 1.45. Perut lapar, ajak suami singgah makan di warung. Semeja dengan kami adalah seorang bapa dan anak lelakinya. Bapa baru jemput anak dari sekolah. Anak berada di tingkatan 3. Saya lihat keakrapan seorang bapa dengan anaknya macam kawan. Duduk sebelah sebelah sambil makan nasi. Sembang sembang memperkenalkan saya dan suami kepada anaknya.

"Memang hari hari ke jemput anak balik sekolah?"

"Ya, masa pergi dengan emaknya, saya keluar lewat nak uruskan yang kecik kecik ke Taska. Emak balik pukul 1.00 terus balik rumah, nak uruskan yang sekolah agama petang. Tentu emak tak sempat masak tengahari. Saya ambik bawa makan, lepas ni hantar semula ke sekolah untuk kelas tambahan. Inilah masa saya bersama anak, waktu makan dan waktu di dalam kereta untuk sembang sembang. Nanti di rumah, anak dah sebuk nak siapkan kerja sekolah pulak, tak boleh nak sembang sembang."

MasyaAllah, seorang bapa yang sedia meluangkan masa dan mencari masa untuk bersama anak. Anak tu anak lelaki, boleh je kita beri duit lebih supaya dia beli makanan di kantin sekolah kemudian hadir kelas tambahan. Balik sekolah pun, boleh aja biar dia naik bas sendiri sebab dah besar. Itu kita. Tetapi seorang bapa yang menghargai masa dan peluang, akan menggunakan masa ini untuk bersama sama makan dengan anak remaja. Sudah tentu bapa ini dah tunggu tepi pagar pukul 1.20 tengahari, jemput anak dan ke masjid dahulu untuk solat zuhur. Lepas solat baru makan.

Ini adalah moment indah bapa dan anak. Solat berjemaah dan makan bersama. Inilah peluang untuk memberikan nasihat, pendidikan dan pelajaran kepada anak anak tentang kehidupan, akhlak dan gurau senda. Di sekolah dia menimba ilmu, di lain waktu bersama keluarga untuk pembentukan peribadi muslim.

Selesai makan, mereka beredar dahulu, mereka mohon maaf kerana masa mereka terhad untuk hadir ke sekolah semula tanpa menunggu kami habis makan. Kami sedia maklum, dan mengizinkan mereka beredar. Beredarnya mereka dengan adap. Anak mendapat pelajar melalui pengalaman, melihat bapanya menyantuni kami orang tua dan adap meninggalkan majlis yang belum selesai. Alhamdulillah, ilmu yang tidak dicatat dalam buku, ada dalam kitab tetapi tidak ramai yang mempraktikkan. Seperti berjalan tunduk atau membongkok sedikit tubuh apabila berjalan didepan orang orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.

Selesai saya dan suami makan, saya bergerak menuju singki untuk mencuci tangan dan ke meja kaunter untuk membuat bayaran. Juruwang menjawap,

"Sudah dibayar makanan cikgu dan suami."

"Eh, siapa yang bayar?"

"Orang yang makan bersama cikgu tadi."

"Oh , orang tu. Alhamdulillah, moga Allah merahmati dia dan keluarganya."

"Amin."

Saya mahu bergerak menuju ke kereta, tiba tiba ternampak sepasang lagi bapa dan anak lelaki lain sedang duduk makan sambil bersembang. Alangkah bagusnya mereka yang mempunyai kesempatan meluangkan masa untuk bersama sama dengan anak.

Ramainya remaja perempuan terlanjur dan mengandung hari ini kerana ramai orang lelaki yang lemah iman dan tidak berakhlak menceroboh kawasan larangan yang bukan haknya yang halal. Bermula dari remaja, terdedah perkara maksiat, terabai dari keluarga yang sebuk mencari wang ringgit bagi memenuhi keperluan hidup, atau mengambil kesempatan ke atas perempuan yang lemah. Nafsu dan keinginan untuk mencuba telah membuatkan mereka tidak lagi mengenal halal dan haram.

Jika keperluan harian untuk bersama pun sering terabai, apatah lagi keperluan rohani untuk membentuk takwa jauhlah lagi. Ini yang menyebabkan mereka memenuhi kekosongan harian sepatutnya bersama keluarga, masa untuk belajar telah digunakan untuk melepak, mengorat dan akhirnya berpasangan. Tak mampu di dalam hotel, takde peluang di dalam bilik, kat tandas, kat tangga tersembunyi blok belakang bangunan, dalam semak pun jadilah.

Ini adalah salah satu punca kepada ramainya remaja perempuan mengandung. Memanglah faktor lain kerana perempuan itu sendiri yang mengoda kerana kesunyian, perempuan seksi tidak menuntup aurat telah meransang nafsu, menyebabkan mereka berusaha berpasangan untuk mencuba, try and error. Dan usaha try and error telah error selamanya, mencatat titik hitam dalam kehidupan.

Kita dok jaga dan nasihat anak perempuan, anak lelaki pun sama. Kena bagitahu yang halal dan yang haram. Sama sama didik dan sama sama jaga. Dunia hari ini telah membuatkan anak perempuan terpaksa keluar dari rumah, berada di luar rumah sendirian seperti berada di sekolah atau balik pergi sekolah sendirian. Jika tidak ada sesiapa yanb menganggunya, anak perempuan selamat. Tetapi bila ada lelaki yang ganas dan rakus di luar sana, anak perempuan sudah tidak selamat lagi berada dimana mana pun. Hari harilah update perkara yang membimbangkan remaja perempuan supaya diambik perhatian oleh ibu bapa lain.

Jaga anak perempuan dan jaga anak lelaki kita juga.

Menakutkan...

Baitus Solehah | The Alternatif
 
loading...

0 Response to ""Memang hari hari ke jemput anak balik sekolah?...""

Post a Comment