"Putus Cinta Dengan Fattah, Sherry Luah Perasaan Di IG..."

JIKA sebelum ini, pelakon kacak Fattah Amin mengesahkan kepada media bahawa hubungan cintanya bersama Sherry Ibrahim telah berakhir.

Pelakon wanita itu pula dilihat meluahkan perasaan MENERUSI laman Instagram, awal pagi tadi.
Putus Cinta Dengan Fattah, Sherry Luah Perasaan Di IG
Dalam kenyataannya, Sherry memberitahu dia sudah reda dengan perpisahan ini dan percaya ada hikmah atas apa yang terjadi.
Begitu pun, naib juara program Gempak Superstar ini mengakui bukan mudah untuknya menempuh segalanya kerana ianya melibatkan perasaan sayang dan cinta.
“Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan termasuk melahirkan rasa ambil berat terhadap apa yang terjadi.
“Saya faham. Cuma buat masa ini, saya minta jasa baik semua orang untuk berikan masa dan ruang. Apabila saya bersedia nanti, pasti akan ada kenyataan daripada pihak saya.
“Hal ini bukan kali pertama saya lalui. Ia bukan mudah. Ia membabitkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Apa yang berlaku ada hikmahnya dan Tuhan pasti tahu yang hamba-Nya ini kuat untuk menempuhinya.
“Pengajaran dan reda kerana pada akhirnya saya tak hilang apa-apa pun. Siang dan malam saya tak putus berdoa kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya yang kerdil ini.
“Ya, saya kena terus tabah. terima kasih Allah SWT. Mungkin ada yang lebih baik untuk penghijrahan diri ini,” tulisnya panjang lebar.
Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta dua tahun lalu selepas terlibat dalam drama Cinta Ibadah. – MYNEWSHUB
loading...

0 Response to ""Putus Cinta Dengan Fattah, Sherry Luah Perasaan Di IG...""

Post a Comment