“Saya Janji Dengan Allah TAKKAN Beli Kek Secret Recipe Lagi” - Abby Abadi

“Saya Janji Dengan Allah TAKKAN Beli Kek Secret Recipe Lagi” - Abby Abadi - Abby dan suami barunya, Jai, telah pergi ke premis Secret Recipe di Gua Musang untuk membeli kek. Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar tetapi seketika barulah Abby menyedari bahawa cawangan Secret Recipe itu diuruskan oleh orang bukan muslim.

Malangnya, pesanan dan bayaran telah dilakukan menyebabkan Abby tiada pilihan melainkan terpaksa menerimanya.

Ekoran itu, Abby memuat naik status di laman Instagramnya yang berjanji pada Allah tidak akan membeli kek di Secret Recipe lagi dengan alasan Secret Recipe tidak menepati ciri-ciri Islam serta mendakwa Secret Recipe menggunakan pekerja Islam untuk mengaburi pelanggan muslim.


Bagaimanapun, tindakan Abby itu menimbulkan rasa kurang senang followersnya yang menyatakan bahawa Secret Recipe telah mendapat status Halal dari JAKIM dan beranggapan tidak wajar Abby ‘mengharam’ apa yang sudah disahkan halal.

“Saya berjanji pada Allah, pada diri sendiri dan pada suami yang saya tak nak dah beli Secret Recipe dekat Gua Musang. Sebab apa? Baca sampai habis ye.

“Salah sendiri. Last minute semua. Itulah Abby Abadi. Nak potong kek jam 3 petang, kil 12 tengah hari baru nak beli.

“Memula masuk kedai, saya terus order dua kek. Ramai juga orang pada waktu itu. Tetapi saya tertunduk-tunduk malu sebab saya memang pemalu. Segan nak pandang orang sebenarnya. Tengah menunggu kek ditulis nama anak-anak, baru perasan yang incharge kedai itu non muslim.

“Gundah gulana terus hati kita wak! Tertanya-tanya alamak siapa yang buat kek ini semua? Confident level tinggi memula sebab tengok yang jaga kaunter semua adik-adik melayu Islam (mereka bertudung, sebab itu saya tahu mereka Islam). Dup dap dup dap dah masa itu. Tetapi suami dah bayarkan juga sebab dah order. Rasa nak menangis tetapi tak apalah. Dah lepas pun.

“Yang saya nak sampaikan di sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye. Non muslim tetapi halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita tetapi yang di dapur orang dia. Yang ni, buat kek yang sediakan bahan-bahannya siapa? Yang masak? Yang Islam pun lebih kurang je jaga halal/haram. Yang bukan Islam?

“Suka saya ingatkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat di sini, ustaz saya ada sampaikan yang kalau nak beli makanan, jangan beli pada orang kita yang tak taat perintah Allah sebab nanti makan, hati jadi hitam. Dah kalau orang kita pun boleh jadi begitu, yang non muslim? Usahakan jaga hak-hak Allah ye.

“Yang rasa tiada masalah itu ini, teruskan ye. Saya sekadar mengingatkan sahaja. Maafkan saya,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.