Tragik! Anak lelaki terpaksa terjun ke pantai selamatkan diri dan saksikan ibunya dibaham 100 ekor anjing hidup-hidup depan mata

SEORANG wanita warga emas, Siluvamma; 65, maut selepas ‘dibaham’ hidup-hidup oleh sekumpulan 100 ekor anjing jalanan di sebuah pantai di Kerala, India, baru-baru ini.

Anak lelakinya, Selvan hanya mampu melihat ibunya digigit binatang tersebut selepas dia sendiri terpaksa terjun ke pantai untuk menyelamatkan dirinya sendiri.



Tragik! Anak lelaki terpaksa terjun ke pantai selamatkan diri dan saksikan ibunya dibaham 100 ekor anjing hidup-hidup depan mata
Tragik! Anak lelaki terpaksa terjun ke pantai selamatkan diri dan saksikan ibunya dibaham 100 ekor anjing hidup-hidup depan mata
Wanita malang itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital akibat mengalami pendarahan teruk di seluruh badan.

“Ibu saya pergi ke pantai pada waktu malam. Bila dia tak pulang-pulang, saya pun mulalah cari dia.

“Apa yang saya tengok sangat menakutkan, mak saya telah diserang sekumpulan 100 anjing terbiar. Dia berdarah satu badan,” kata Selvan ketika ditanya mengenai insiden itu.

Ahli keluarga mangsa menyalahkan pihak perbandaran tempatan di atas kematian wanita tersebut kerana sebelum ini enggan menghapuskan anjing terbiar yang sering kali memberi ancaman kepada penduduk.

Sumber: MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "Tragik! Anak lelaki terpaksa terjun ke pantai selamatkan diri dan saksikan ibunya dibaham 100 ekor anjing hidup-hidup depan mata"

Post a Comment