UPDATE TERKINI: Teragis !! Pemimpian politik, suami dan anak meninggal dikelar ahli keluarga sendiri

Tiga beranak termasuk seorang pemimpin politik di Tangga Batu maut dipercayai dikelar oleh seorang lelaki disyaki ahli keluarganya di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, hari ini.

PEMIMPIN POLITIK MAUT DIKELAR AHLI KELUARGA



Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Mariah Baharin, 62, maut bersama suami dan anak lelaki berusia 70 dan 22 tahun dipercayai diserang suspek berusia 26 tahun yang juga menetap di rumah tersebut.


Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, terdapat tiga lagi ahli keluarga di rumah tersebut ketika kejadian yang kemudian dihantar ke Hospital Melaka termasuk dua daripadanya cedera parah.

“Kesemua mangsa maut dan yang mendapatkan rawatan di hospital mengalami kecederaaan di bahagian tengkuk ke atas dipercayai dicederakan suspek menggunakan senjata tajam.

“Kita sedang memburu suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
loading...

0 Response to "UPDATE TERKINI: Teragis !! Pemimpian politik, suami dan anak meninggal dikelar ahli keluarga sendiri"

Post a Comment