Video: Lelaki Kejam Jadikan Kekasih Umpama Binatang

Perangai lelaki ini umpama binatang. Tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan, dia mengheret seorang wanita dengan menarik rambutnya sambil melintas jalan.
Tidak diketahui di mana kejadian ini namun berdasarkan rakaman video yang dimuatnaik dalam media sosial ini, ia mungkin berlaku di China.
Kedua-duanya juga dipercayai pasangan kekasih. Apa yang mengejutkan, kenderaan di jalan berkenaan boleh berhenti dan memberi laluan kepada lelaki itu yang sedang mengheret wanita berkenaan.
tarik rambut1Mereka langsung tidak memberikan bantuan. Ada juga seorang lelaki yang memakai uniform cuba menolong wanita terbabit namun dia kemudiannya berundur.
Sebaik tiba di seberang jalan, lelaki tersebut melepaskan rambut wanita terbabit dan meneruskan pergaduhan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang.
Video berkenaan ditonton lebih 90,000 kali.

Sumber: mynewshub

loading...

No comments

Powered by Blogger.