Viral pengasas RHB Bank kahwin budak 19 tahun, anak jelaskan bukan 19 tahun tapi lewat 40-an



Gambar-gambar perkahwinan pengasas RHB Bank Tan Sri Rashid Hussain yang melangsungkan perkahwinan pada awal bulan ini telah tersebar di laman sosial, mendakwa isteri yang dinikahinya berumur 19 tahun.



Umur Isteri Rashid Hussain Lewat 40-an, Bukan 19 Tahun

Sejak timbulnya dakwaan itu, satu penjelasan telah dibuat, menyatakan bahawa isteri usahawan berusia 70 tahun itu, Puan Sri Yang Amylia Hani, telah berusia lewat 40-an.

Penjelasan dibuat oleh anak perempuannya yang berusia 19 tahun di Twitter, menyatakan bahawa umur ibunya, Yang Amylia sudah menjangkau lewat 40-an, memegang ijazah undang-undang dan juga mempunyai lesen pengajar kecergasan.

Sumber: Mstar
loading...

0 Response to "Viral pengasas RHB Bank kahwin budak 19 tahun, anak jelaskan bukan 19 tahun tapi lewat 40-an"

Post a Comment