(18 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nazim Othman Dan Bella Dally

Akhirnya pasangan kegemaran ramai, Nazim Othman dan Bella Dally telah berkahwin pada hari Sabtu lepas di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah.
Alhamdullillah, majlis yang bertemakan serba putih itu berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan karib kedua-dua mempelai.
Nazim dan Bella kelihatan cukup kacak dan cantik sekali pada majlis tersebut dan jelas terpancar sinar kebahagiaan dan cinta di wajah mereka.
Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. Bella turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM16,000.
Khas buat peminat Nazim Othman dan Bella Dally berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah mereka berdua dengan membaca entri ini sepenuhnya. - beautifulnara.com

No comments

Powered by Blogger.