Berita kematian Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din adalah palsu

Sekitar jam 3 petang ke atas tadi, 19 Oktober 2012, mata kami tiba tiba terlihat satu blog post yang menulis tentang kematian seorang ulamak yang sangat terkenal di Malaysia. Katanya, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah meninggal dunia dan jenazahnya ketika itu sedang diuruskan di Masjid Al  Hasanah Bangi. Enggan mempercayai bulat bulat apa yang disampaikan, kami buat research sikit dan ternyata, selain blog post tadi, tiada satu update pun dari ahli politik Malaysia berkenaan hal kematian tuan guru.


Maka benarlah jangkaan kami, berita kematian Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din adalah berita palsu. Mungkin mereka yang mula mula menyebarkan berita ini salah pandang agaknya. Kata pemilik status yang menyebarkan berita palsu ini, dia mengetahuinya daripada Dr Hasan Ali. Kami mula terjumpa tentang berita ini melalui blog post gambar di bawah :-

Berita kematian Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din adalah palsu - Terbakor

Maaf jika kabur sedikit gambar di atas ni. Kemudian kami ada terlihat satu wall post dari seorang sahabat di official page Tuan Guru yang mengatakan beliau masih hidup. Dan tadi di program Al Kuliyyah TV3, adik beliau, Ustaz Abu Hasan bin Din atau dikenali sebagai Ustaz Hasan Din ada hadir sebagai panel jemputan. Kalau abang meninggal takkan adik boleh live dalam TV pulak kan?  

Berita kematian Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din adalah palsu - Terbakor
 p/s : Jangan terpedaya dengan fanpage palsu Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ya. 
loading...

0 Response to "Berita kematian Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din adalah palsu"

Post a Comment