Fara Fauzana Batal Kahwin, Hafiz Buka Mulut


Fara Fauzana Batal Kahwin, Hafiz Buka Mulut
Pengacara dan bekas DJ Radio Hot FM iaitu Fara Fauzana semalam telah mengumumkan satu kisah sedih membatalkan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya.
“Dengan penuh rasa duka cita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang dengan pemuda bernama Hafiz telah dibatalkan atas sebab-sebab yang terlalu peribadi.
“Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil” jelas beliau.
Hafiz Bakal Buka Mulut
Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.
Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi(semalam).
“Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya,” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.
Kisah ini sungguh menggemparkan peminat Fara Fauzana kerana sebelum ini majoriti gembira dengan berita mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung 17 September ini. Kita manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik lagi kepada Fara Fauzana dan Hafiz. Semoga kedua-dua tabah menghadapi ujian ini.
Sumber: blogammar
loading...

0 Response to "Fara Fauzana Batal Kahwin, Hafiz Buka Mulut"

Post a Comment