Ini Respon Balas Uqasha Senrose Setelah Dikecam



Uqasha Senrose memang sudah sinonim dengan pelbagai kontroversi. Satu per satu gosip telah melanda dirinya.

Namun kisah Uqasha Senrose membuka tudung ini benar-benar membuatkan ramai terkejut sekaligus menjadi bahan bualan orang ramai sekitar minggu ini.


Sehinggakan ada seorang Da'i yang menulis surat terbuka buatnya. Surat dari Da'i itu pula mencetuskan pelbagai reaksi dari orang ramai. Itulah penangan dari Uqasha Senrose.

Apabila dikecam pelbagai pihak Uqasha Senrose kini tampil memberi komen dan respon nya.


Ini komen Uqasha:

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,”


Uqasha turut akui bergaul dengan teman-teman yang tidak berhijab menjadikannya semakin sukar dan tak cukup kuat imannya.

Sumber: beritamemey
loading...

1 Response to "Ini Respon Balas Uqasha Senrose Setelah Dikecam"

  1. https://www.facebook.com/kelantanfadotcom/photos/a.128431290533138.10896.105846709458263/1148170055225918/?type=3&theater

    ReplyDelete