ISU SAFIEY, WARDINA RASA TV ALHIJRAH BERSALAH?



PERSONALITI WARDINA SAFFIYAH MERASAKAN TINDAKAN STESEN TELEVISYEN BERKONSEPKAN ISLAM KONTEMPORARI, TV ALHIJRAHYANG MENGUDARAKAN PROGRAM#PENGHIJRAHANFENOMENAMENYUMBANG KEPADA PENGHIJRAHAN KEMBALI SAFIEY ILIAS KE DUNIA PONDAN.

Menerusi kiriman gambar yang baharu sahaja diterima kami, Wardina sebelum ini menaikan status mengatakanprogram yangmemaparkan perjalanandan luahan hati Safiey sebagai bekas mak nyahyang ingin kembali ke pangkal jalan ketika itu sebagai tidak menggambarkan konsep penghijrahan Islam yang sebenar.

Publisiti membunuh, jangan lakukan lagi TV Alhijrah. Jangan mensensasikan cerita biarpun ia adalah penghijrahan seseorang.

Saya tahu ia sangat baik untuk mendapatkan rating tetapi ia adalah salah dan cara pengacaraan juga tidak begitu mendalam.Ini semata hanya untuk mendapatkan sensasi walaupun niat yang sebenar adalah baik, katanya.

Wardina juga menambah, konsep yang dibawakan oleh media khususnya daripada saluran televisyen seperti program Dai Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummahhanya dilihat untuk memeriahkan suasana.

Saya telah melalui industri ini dan apa yang boleh saya katakan, tiadayang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan mesej sebenar dan ini termasuklah beberapa program sedia ada di kaca TV sepertiDai Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah, katanya.

Terdahulu, Safiey Ilias,22, seorang mak nyah yang nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen telah mendapat liputan meluas sehingga dijemput menjadi beberapa tetamu program televisyen,termasuk di stesen TV AlHijrah.

Namun Safiey telah membuat keputusan untuk berubah kepada seorang mak nyah semula semalam berikutanmemuat naik gambarnya berpakaian wanita dan meluahkan isi hatinya di lamanInstagram.

Dia merasakan dirinya lebih tenang apabila kembali menjadi mak nyah.-MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "ISU SAFIEY, WARDINA RASA TV ALHIJRAH BERSALAH?"

Post a Comment