Qu Puteh tak laku? Jangan salahkan bola, kata Kelantan

Datuk Seri Hasmiza Othman tidak harus menyalahkan penyokong bola sepak Kelantan ekoran produk keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan menggalakkan, kata Tan Sri Annuar Musa.

Qu Puteh tak laku? Jangan salahkan bola, kata Kelantan

Qu Puteh tak laku? Jangan salahkan bola, kata Kelantan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, bola sepak dan produk kecantikan adalah dua perkara berbeza maka Hasmiza atau mesra disapa Vida harus menyedari perkara itu.

“Dia beritahu kata produk dia tak laku, dia marah pada peminat (bola sepak). Tak boleh begitu. Produk yang dijual, tak semestinya peminat bola yang beli. Mereka berapa orang saja nak pakai produk putihkan muka.

“Sebab itu jangan marah dengan penyokong Kelantan. Ia dua perkara yang berbeza,” katanya seperti dilaporkan portal Mstar merujuk produk keluaran Hasmiza, Qu Puteh.

Annuar mengulas keluhan Hasmiza yang kecewa penyokong Kelantan enggan melaburkan sedikit wang bagi membeli jersi dan produk keluaran syarikatnya.

Ketua penerangan Umno berkata pasukan bola sepak Kelantan sudah memberikan yang terbaik dalam membantu menaikkan nama produk kecantikan milik Hasmiza itu.

“Dia jual produk kosmetik, yang penting hendakkan penjenamaan. Itu pasukan Kelantan dah buat. Penaja yang paling banyak dapat publisiti adalah Qu Puteh.

“Tetapi soal produk boleh jual atau tidak, itu faktor lain, saya tak tak boleh jawab, saya beritahu dia saya tak pandai berniaga. Tetapi banyaklah faktor naik turun beniaga ni,” beliau dilaporkan berkata.

Sumber: terbakor
loading...

0 Response to "Qu Puteh tak laku? Jangan salahkan bola, kata Kelantan"

Post a Comment