Sayu.. Berita Sedih Buat Peminat Syawal Dan Fiqa.. Selepas Beberapa Hari Dapat Cahaya Mata Berita Sedih Yg Baru Diterima Oleh Pasangan Ini.. Bawa Bersabar

Syawal Panik Setiap Kali Dengar Anak Menangis

Walaupun sudah hampir tiga bulan bergelar bapa, juara program realiti Pelamin Fantasia, Syawal akui perkara paling mencabar adalah ketika menjaga anak yang sedang meragam.
Syawal atau Muhammad Syawaluddin Ghazali berkata dia menjadi cepat panik apabila mendengar anak sulungnya, Sofia Azzahra menangis.
“Benda paling susah bagi saya kalau jaga anak ialah bila dia meragam. Sofia jenis kalau menangis agak susah nak berhenti.
“Waktu tu memang angkat bendera putih terus, saya tak boleh dengar kalau ‘baby’ menangis, bukan sebab rimas tapi saya akan jadi cepat panik.
“Rasa macam ada yang tak kena, tak tahu nak pujuk macam mana, kelam kabut juga saya dibuatnya.
“Bila Sofia menangis, terus saya panggil Fiqa. Tapi yang peliknya bila ibu dia pegang, sekejap je dah berhenti menangis.
“Saya rasakan bayi ni memang dia tahu bau badan ibu dia. Lain kot dengan bau ayah dia ni, mungkin melekat bau lembu ke kambing ke tak tahulah,” katanya ketawa.
Syawal ditemui ketika majlis Aqiqah dan cukur jambul Sofia Azzahra bertempat di Syawal Best Farm, Dengkil Selangor pada Sabtu.
Tambah syawal lagi, selepas bergelar bapa, rutin hariannya agak berbeza dan rezeki pula semakin bertambah.
“Alhamdulillah, lepas kehadiran Sofia Azzahra dalam hidup kami perubahan yang saya sendiri dapat rasa adalah rezeki makin bertambah.
“Selain itu, saya juga dah ada jam loceng kecil, setiap jam 6.00 pagi dia dah kejutkan kami. Nak menyusulah, tukar lampinlah, kita ni yang mengantuk kenalah juga bangun layan dia.
“Rutin harian tak payah cakaplah, memang berubah terus. Saya tolong juga Fiqa uruskan anak lebih-lebih lagi jika saya tak bekerja.
“Bila dah jadi bapa ni lain sikitlah perasaannya sebab kalau pergi kerja pun rasa rindu memang tak dapat nak elak.
“Rasa macam tak sabar tunggu habis kerja hanya kerana nak bermain dan melihat gelagat dia.
"Tapi itulah, betul orang kata anak ini cepat membesar. Pejam celik sekejap saja Sofea dah berusia 3 bulan.” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Syawal yang juga merupakan penternak lembu dan kambing kini sibuk menguruskan produk susu kambing keluaran syarikatnya, Syawal Best Farm.
Jom tengok foto dan video gelagat Syawal & Fiqa bersama puteri mereka, Sofea Azzahra.
Kredit foto: @fariselazhar 
loading...

0 Response to "Sayu.. Berita Sedih Buat Peminat Syawal Dan Fiqa.. Selepas Beberapa Hari Dapat Cahaya Mata Berita Sedih Yg Baru Diterima Oleh Pasangan Ini.. Bawa Bersabar"

Post a Comment