‘Service MAB Memalukan!’ – Che Ta Kecewa Beg Tercicir


PELAKON dan pengacara, Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Kekecewaan itu diluahkan gara-gara syarikat penerbangan itu telah tercicir beg bagasinya di Kuala Lumpur.
Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, insiden ini berlaku ketika dia terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah, pada Khamis.
Akibat insiden itu, Che Ta yang  juga bekas pramugari MAS yang kini dikenali sebagai MAB mendakwa dia terpaksa membatalkan majlis makan malamnya kerana tiada baju.

“Sungguh memalukan service Malaysia Airlines.
I tak tahu macam mana MAS buat kerja. I terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Beg I masih lagi kat KL.
I terpaksa cancel dinner sebab tiada baju dan tunggu beg masih lagi tak sampai.
And i fly bisnes class, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir beg tu!”katanya.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen bersimpati dengan nasib yang menimpa Che Ta.
Tidak kurang juga, ada yang menyelar Che Ta sudah lupa asal usulnya dahulu yang juga pernah berkhidmat dengan syarikat itu.
“Che ta ni tak sedaq diri ka, dulu pun hang kerja dengan MAS kan? Dah jadi artis terus lupa asal usul ye?” tulis Masakapaje.

'Service MAB Memalukan!' - Che Ta Kecewa Beg Tercicir
CHE TA SEMASA JADI PRAMUGARI MAS.

Namun begitu, siapa yang tak sakit hati dan marah kalau dikhabarkan beg hilang atau tercicir. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "‘Service MAB Memalukan!’ – Che Ta Kecewa Beg Tercicir"

Post a Comment