SORRY JENAMA NI, KAMI DAH 100% HILANG PERCAYA DENGAN PRODUK JENAMA INI...




Masa viral haritu pasal kualiti Drypers makin teruk, kami pun join sama isi complain form. Rezeki dapat diapers ganti dari pihak Drypers. Masa tu happy sangat, kualiti yang Drypers ganti memang terbaik, puas hati. Dah lah dapat sekali Drypers Touch. Kami suami isteri decided nak teruskan beli Drypers Touch untuk Lily Yasmin (3 tahun) walaupun harga agak mahal kalah Mamypoko. Sebab bagi kami, biasalah manusia buat silap, mungkin nak cut cost tapi tersilap percaturan sampai buat pengguna marah.

Ok lah, Drypers Touch memang puas hati 👍🏼 Tapi untuk Orked Azalea (5 bulan) still pakai Wee Wee Drypers. Yang ni kami perasan kualiti dia tak sama dengan yang dapat ganti. Maknanya kualiti still sama mcm yang pengguna buat complain haritu. Nipis & asyik bocor je. Belakang tu nipisnya macam tisu. Eh sakit hati pula setiap hari bocor sampai rosak (susah kot nak hilang!) baju anak.

Untuk yang suruh review haritu pasal Drypers, haaa korang takyah la beli Drypers dah. Elok2 kita still nak support, tapi kualiti still sama je. Pembaharuan lah sangat! 🙄

Disebabkan ramai cakap diapers brand Tesco Love (packaging hijau) bagus, kami pun dah try & memang seriously bagus, tebal & tak bocor. Kedua2 anak kami belikan Tesco Love je. Drypers Touch pun tak hingin nak beli dah.

Good bye lah Drypers, memang kami takkan berpatah balik dah! 😏


Sumber: facebook


loading...

0 Response to "SORRY JENAMA NI, KAMI DAH 100% HILANG PERCAYA DENGAN PRODUK JENAMA INI..."

Post a Comment