Tak Lalu Nak Makan Kalau Tak Makan Dalam Dulang Bersama Suami

screen-shot-2016-09-12-at-4-02-04-pm
Dipetik daripada facebook Noor Laila Aniza.. Kami kongsikan sebagai pedoman dan pengajaran buat semua..

*****CERITA CINTA KAMI*****
Ceritanya begini
Kami makan dlm dulang kecil. Sudah 6 tahun.
Kalau dulu mula2 kahwin,mahu merajuk dibuatnya
Kita org prmpuan baru satu suapan,suami sudah 3-4 mulut.Nasi dlm dulang makin berkurang .Terkulat2 tengok nasi makin sedikit dan suami dgn wajah selera muka tak bersalah…
Tambah pula,kalau kita nak makan ikut selera kita,nasi taknak kuah,suami pula nak kuah,jadi habis bahagian nasi kita pun berkuah basah juga.Sungguh,tak best langsung.
Tapi lama2 itu yg mengikat rasa.
Dari tidak peduli,kepada ambil tahu.
Dari sendiri2, fikir juga org lain.
Lama2 suami faham,bahawa sy makan perlahan.Maka suami menunggu.Kadang2,suami akan suap saya.
Dan lama2 baru suami faham lauk apa saya suka,lauk apa saya taknak.Jadi nasi saya tidak terkena bahagian kuah yang saya tak berkenan.
Tolak ansur makin menyimbah.Tidak lagi kira tekak sendiri.
Saya tahu suami makan cepat,lalu saya kata,abg mkn la,syg taknak bnyk2..sy tolak nasi ke arahnya,suami akan tolak semula…eh syg mkn la..sikit je syg makan..
last sekali kalau ada semulut je nasi,mesti suami bahagi dua sebab sy akan tinggalkan yg last tu untuk suami…dan suami tetap nak sy makan juga yg last tu… :)
Begitulah kalau dahulu rasa berkira2 dlm hati…nanti nasi aku habis cepat sebab makan dlm dulang.Sekarang rasa tak lalu makan kalau tidak makan dlm dulang bersama.
Makan seorang rupanya tak sedap.Makan satu pinggan kongsi,org kata tak puas,tapi itu nikmat bagi kami.Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tak pernah merasa,masing2 pinggan sendiri,tapi untuk kami,itu cinta yg membuah bahagia.
Cubalah. :)
Bahagia bnyk rencah dan cara.Bagi yg memahami dan mahu mengikut sunnah :)
Sumber : penmerah
loading...

No comments

Powered by Blogger.