Tak Nak Pakai Baju Pereka Tak Popular, Raysha Tunjuk Diva?

ADIK Uqasha dan Nelydia Senrose iaitu juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose didakwa sudah mula berlagak diva apabila dia dikatakan meletakkan pelbagai syarat kepada pihak media sekiranya ingin mengadakan sesi fotografi dengannya.


Netizen Dakwa Uqasha Berhijab Untuk 'Trend'
RAYSHA (TENGAH) BERSAMA KAKAKNYA, UQASHA DAN NELYDIA.

Perkara itu dicanangkan menerusi kolum gosip Harian Metro, Cik Pang yang menulis Raysha enggan melakukan photoshoot sekiranya jurusolek dan tajaan pakaian untuk sesi itu adalah daripada individu yang kurang popular.
“Kata teman Cik Pang, gadis itu difahamkan akan memberi macam-macam syarat jika mahu dipanggil bagi sesi fotografi bersama media. Antaranya, mahu jurusolek dan pakaian yang dipilih oleh dia sendiri. Kalau jurusolek atau pakaian tidak popular, dia enggan beri kerjasama.
“Bak kata orang, nak itulah! Nak inilah! Padahal kalau berurusan dengan adik-beradiknya yang lain seperti Nelydia dan Uqasha, tidak sampai bersyarat bagi bulan dan bintang,” tulis penulis ruangan pojok tersebut.

Hmm, tak sampai setahun berkecimpung dalam bidang hiburan, dah dengar gosip tak best pasal Raysha, mungkin Raysha ada alasannya yang tersendiri mengapa dia mengenakan syarat-syarat seperti yang dinyatakan tadi.
Bagi mengelakkan salah faham, lebih baik Raysha tampil memberikan penjelasan berhubung isu ini yang sedikit sebanyak mungkin boleh menjejaskan imejnya sebagai pelakon baharu. – MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "Tak Nak Pakai Baju Pereka Tak Popular, Raysha Tunjuk Diva?"

Post a Comment