TERBONGKAR RAHSIA Ibu Terkejut Rupanya Anaknya Dibelasah Nadia Nordin Selepas Ditunjukkan Video


Viral semalam tentang tersebarnya rakaman video seorang wanita yang putih melepak dibogelkan dalam sebuah hotelh di Sungai Golok.

Tidak cukup dengan itu, wanita itu telah diterajang, dipukul serta dibaling dengan dua botol minuman kaca di dahi.

Akibatnya, wanita tersebut yang bernama Fatin,26 telah mendapat lapan jahitan.

Video tersebut sebenarnya telahpun  tersebar sejak hari Sabtu yang lalu dan telah mendapat pelbagai komen netizen yang mengecam  perbuatan  mereka yang berada dalam video itu. 

Terdapat 2  rakaman video berdurasi 2 :08 mint dan dan 1:15 minit.

Llima individu berjaya dirakam dalam video tersebut, termasuk Fatin yang menjadi mangsa. Video yang satu lagi memaparkan wanita bernama Nadia menyerang seorang lelaki berbaju hijau dipercayai suaminya.

Rakaman tersebut  dikatakan berlaku pada Selasa lalu di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, Thailand.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia sangat terkejut dengan sebaran dua video itu yang memang telah mendatangkan aib kepada keluarga mereka.

 Beliau yang ditemui di Kampung Chicha, di sini, berkata hanya menyedari kewujudan video tersebut selepas tiga hari daripada kejadian tersebut berlaku setelah ditunjukkan oleh seorang anaknya yang lain

"Fatrin keluar pada Selasa lalu kira-kira jam 12.30 pagi selepas dijemput seorang rakannya untuk keluar minum sebelum rakan terbabit menukar rancangan untuk ke pekan Sungai Golok, Thailand. 


 "Anak saya pulang ke rumah pada jam 3 petang pada Rabu lalu dan sebelum itu menelefon saya memberitahu dia terbabit kemalangan kerana ingin menyembunyikan perkara sebenar (dipukul)," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu yang dibuat mangsa pada Sabtu lalu, di Balai Polis Kubang Kerian. 

"Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998" katanya

Satu lagi aporan polis turut dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu oleh seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan penyebaran video itu, setelah tiga wanita dan seorang lelaki mengugut pengadu untuk mencederakannya kerana menuduhnya menyebarkan video terbabit. 

sumber: Bharian.
loading...

No comments

Powered by Blogger.