Zila Mohon Maaf Atas Segala Salah Silapnya, Mohon Pembelaan Kes Nusyuz

Penyanyi Zila Seeron yang sudah bercerai beberapa hari lepas bersama pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai kes penceraian berkenaan. Namun, Zila ada memohon pembelaan terhadap tuntutan kes nusyuz yang difailkan oleh Along pada 12 Mei lepas.



Hakim Syarie, Abdul Halim telah membenarkan permohonan Zila selaku defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.  Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Selain itu, Zila yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling sempat memohon maaf kepada semua pihak atas segala salah silap yang beliau lakukan sebelum ini.

Zila diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa Isnin.

Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.

Along Cham dan Zila Seeron berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.

Sumber Berita : Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.