(3 Foto) Jururawat dicampak di tepi jalan lepas diperkosa bergilir-gilir



KAPIT – Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk.

Penemuan mangsa yang berusia 22 tahun itu menimbulkan perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berhibur bersama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini.

Bagaimanapun, menurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

“Selepas dinodai mangsa dipercayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. - Kosmo


[​IMG]
[​IMG]
loading...

0 Response to "(3 Foto) Jururawat dicampak di tepi jalan lepas diperkosa bergilir-gilir"

Post a Comment