Badut 'pembunuh' sudah berkeliaran di Malaysia?

JIKA sebelum ini, ‘serangan’ badut pembunuh hanya dilaporkan di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia hingga menimbulkan kekecohan dan ketakutan.




Tetapi perkongsian Chloe Ong Dan Alex Tham menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini membuktikan fenomena badut pembunuh ini sudah mula menular di ibu negara.

Dalam posting tersebut memaparkan beberapa keping gambar individu yang memakai kostum badut dengan pandangan menakutkan di taman permainan sekitar Kuala Lumpur.

Chloe berkata, dia pernah terserempak melihat badut tersebut di sebuah taman permainan kanak-kanak yang sedang memerhatikannya dari arah belakang.

Badut tersebut melambaikan tangan ke arahnya tetapi dia bertindak melarikan diri selepas mengambil gambar badut yang berdiri berdekatan dengan permainan gelongsor.

Walaupun tidak dinyatakan tempat kejadian itu tetapi netizen percaya gambar badut pembunuh itu diambil di sebuah taman permainan di Bukit Jalil.

Netizen menganggap ‘kemunculan’ badut pembunuh itu sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan penghuni di sekitar Kuala Lumpur. - MNH


Sumber: wangcyber
loading...

0 Response to "Badut 'pembunuh' sudah berkeliaran di Malaysia?"

Post a Comment