Bapa Saudara Bolot Derma Anak Mangsa Kemalangan DUKE: Polis Sudah Mulakan Siasatan

Kelmarin, penjaga Nur Firuza Amira; 9, dan Nur Firuza Aqila; 5, Yusnida Hussain, 48, kakak Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 25, yang telah meninggal dunia dalam kemalangan di lebuhraya DUKE mendedahkan yang adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Hussain, 25, telah melakukan pecah amanah dengan tidak mennyerahkan wang derma orang ramai kepada anak-anak itu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan sendiri.


 photo 24.jpg

Bagaimanapun, maklumat terbaru yang penulis terima ialah, bukan sahaja Faizznur dan isterinya Nur Amira Syuhaida yang terlibat, malah dua orang adik beradik mereka yang lain juga.



Seorang pengguna Facebook, Qhamcyahh Hidayat, telah mendedahkan perbualan Facebook Messenger dengan Yusnida pagi tadi mengenai perkembangan kes itu.
Menurut Yusnida, terdapat dua orang adik-beradik lelaki mereka yang lain juga turut terbabit menggunakan wang derma yang disalurkan orang ramai untuk Amira dan Aqila untuk kepentingan peribadi iaitu abangnya yang sulung dan adik lelaki ketiga.


 photo 23.jpg

Yusnida juga mendakwa telah menang enam kes di mahkamah terhadap adik-beradiknya itu termasuk membekukan akaun bank mereka.
Yusnida bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kos perkahwinan Faizznur datangnya dari wang derma tersebut tetapi jumlah yang dikeluarkan ‘tidak terkira’ dan hanya RM 60,000 berjaya diselamatkan dari akaun mereka untuk kegunaan anak-anak yatim piatu tersebut.
Apa yang lebih menarik perhatian, kes penyelewengan wang derma anak yatim ini juga sedang disiasat polis kerana terdapat laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang menyalurkan derma.
Kalau adik-beradik yang buat laporan, polis tak boleh bertindak.
Sementara itu, Netizen terus-menerus meninggalkan komen mengecam Faizznur dan isterinya. Dan nampaknya juga kedua-duanya masih berdiam diri.

Sumber - amazingnara.com
loading...

0 Response to "Bapa Saudara Bolot Derma Anak Mangsa Kemalangan DUKE: Polis Sudah Mulakan Siasatan"

Post a Comment