DSV ‘Mengamuk’, Tandas Lebih Mewah Dari Surau

TERKEJUT dan terkilan…Itu yang dirasai pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (DSV) apabila mendapati surau di sebuah hotel bertaraf enam bintang di Kuala Lumpur tidak diselengarakan dengan baik malahan seperti ‘tangkap muat’ sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Datuk Vida terkejut apabila melihat keadan surau yang hanya boleh menempatkan tiga orang dalam satu masa serta kawasan mengambil air wuduk dianggap tidak bersesuaian kerana terlalu hampir dengan tempat solat.
Menurutnya, lebih menyedihkan apabila terdapat aliran paip yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam surau yang sempit dan tidak mempunyai penghawa dingin untuk keselesaan pengguna.
“Sedihnya, sayang pun tak tahu. Ini keadaan surau hotel enam bintang,” katanya.

Beliau kemudiannya meninjau tandas di hotel yang sama dan alangkah terkejut apabila mendapati tandas yang disediakan pihak hotel lebih mewah berbanding surau.
“Tandas punyalah mewah, saya ni sakit kepala. Ampunkan dosaku ya Allah dan berkatilah usahaku, ya Allah,” katanya.
Menurutnya, tandas yang terletak di sebuah hotel paling mewah di Kuala Lumpur itu boleh menempatkan 100 orang berbanding surau yang hanya memuatkan tiga orang sahaja.
Katanya, peralatan di tandas berkenaan mencukupi berbanding surau yang berada di bawah pengurusan hotel sama.
Kekesalan pengasas produk Pamoga Qu Puteh ini dikongsi melalui lamanFacebooknya baru-baru ini dan menjadi viral di laman sosial.
Ada netizen yang menyokong keprihatinan dan pendedahan berani Datuk Vida serta mahukan beliau berbincang secara bersemuka dengan pihak pengurusan hotel supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan.
Sumber - MYNEWSHUB
loading...

No comments

Powered by Blogger.