Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Disimbah Asid



KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.
Intan, 22, yang dikatakan mirip wajah penyanyi negara itu, Aura Kasih berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu.
Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.
Rakan mangsa, Ryan, berkata, Intan disimbah asid oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan.
“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki dengan menggunakan motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin memberi laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News.
Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanyasebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.
“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lagi,” kata Ryan.
Sementara itu, Ryan memberitahu dia dan keluarga Intan tidak tahu motif suspek dan menyerahkan segalanya pada polis.
Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.

Sedang nyetir mobil, "kembaran" Aura Kasih disiram air keras, duh
GAMBAR YANG DIMUAT NAIK INTAN MENERUSI INTAGRAMNYA.

Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.