Kusairi Akui Bekas Suami Elly Mazlein Kekasihnya, Mula Rapat Selepas...

Setelah sekian lama berdiam diri dan berteka-teki, akhirnya Faye Kusairi telah tampil membuat pengakuan bahawa bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta adalah kekasihnya. Sebelum ini memang telah bertebaran gosip bahawa Faye dan Azmi bercinta sehingga Elly Mazlein telah membuat sindiran pedas menerusi Instagramnya. Malah ada desas-desus menyatakan punca penceraian antara Elly dan Azmi adalah kerana Faye Kusairi yang menjadi orang ketiga. Namun sebenarnya Faye Kusairi mula rapat dengan Azmi Hatta selepas pengarah drama tersebut bercerai dengan Elly Mazlein.
faye kusairi
Faye Kusairi juga memaklumkan yang dirinya tidak akan rapat dengan mana-mana lelaki yang bergelar suami orang. Faye juga sempat menjawab sindiran pedas Elly Mazlein yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Kata Faye Kusairi:-
Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka. Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya. Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang.
Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali ‘menyerang’ saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya.
Sebelum ini saya sering gagal bercinta dan tak jadi kahwin, ia membuatkan saya agak takut untuk terlalu merancang. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami adalah, namun ia bukan dalam masa terdekat ini
elly hatta
Elly Mazlein dan Azmi Hatta
Sebelum ini, rumah Faye Kusairi pernah diserbu oleh JAIS kerana tuduhan khalwat sehingga menimbulkan kontroversi kerana tuduhan tersebut adalah palsu. Apa-apa pun, semoga Faye Kusairi dan Azmi Hatta bahagia. Dua-dua pun dah single mingle. Memang sesuai sangat kahwin dengan cepat untuk mengelakkan sebarang masalah.

Sumber: sayanghanyauntukmu

No comments

Powered by Blogger.