Lepas Setahun Insiden DUKE, Abang Ipar Dedahkan…


PERCAYA atau tidak? Isu pecah amanah dan kepincangan adik beradik mangsa nahas di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) sudah didedahkan kepada netizen di laman sosial sejak lima bulan lalu.

Pendedahan berkenaan dilakukan oleh abang ipar mangsa sendiri yang hanya dikenali sebagai Datuk Roslan melalui akaun Facebooknya iaitu Draz Dma pada Mei lalu.
Ia kebetulan adalah sempena genap setahun peninggalan Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan; selepas terlibat dalam kemalangan pada awal Mei tahun lalu.
Insiden ngeri tersebut menyebabkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, sekelip mata bergelar anak yatim piatu.
Ketika itu, ramai yang tampil menghulurkan sumbangan dan adik beradik mangsa turut menyatakan kesanggupan untuk menjaga dua kanak-kanak itu.
Namun, janji hanya tinggal janji apabila dua adik beradik itu tinggal bersama Roslan dan isterinya, Yusnida Husain sejak insiden berkenaan.
Pemerhatian Mynewshub mendapati, pendedahan berkenaan adalah sama seperti yang dinyatakan isterinya pada satu sidang media Selasa lalu yang mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah amanah’.
Roslan dalam pendedahannya turut menyatakan sikap sebenar adik beradik mangsa dan ‘ketamakan’ mereka untuk mendapatkan duit dengan cara mudah.
Berikut adalah pendedahan Roslan mengenai sikap adik beradik mangsa dan nasibnya sekeluarga selepas insiden tersebut.
PIKUL TUGAS MENDIDIK & MENJAGA
1








PENUHI KEPERLUAN AMIRAH & AQILA
2








KETAMAKAN DUIT AHLI KELUARGA
3








HUBUNGAN ADIK BERADIK RETAK
4
Roslan dan isterinya bagaimanapun akan menjalankan tanggungjawab dengan menjaga dua adik beradik itu mengikut kemampuan mereka.
“Doakan kami supaya dipermudahkan buat Anak- anak ini membesar dengan kehidupan sebenar dan mendapat keberkatan Dunia & Akhirat,” katanya. – MYNEWSHUB

No comments

Powered by Blogger.