Luahan Hati Kisah Benar Anak Yang Pendiam Tetapi Rupa-Rupanya Ketagih Dengan Aktiviti Memalukan!

Selalu ibu bapa merasakan apabila anak-anak telah berumur 10 ke 12 tahun, masih disekolah kebangsaan merasakan anak mereka boleh berdikari. Maka anak-anak ini apabila ke sekolah naik bas sekolah, diberikan kunci rumah agar apabila pulang dari sekolah, turun dari bas, terus buka pintu pagar, buka pintu rumah dan masuk dalam rumah. Anak-anak yang lebih kecil dititipkan di rumah pengasuh.
Anak ini bijak menguruskan diri sendiri di dalam rumah, apabila masuk rumah, kunci pintu semula.
Memang, anak yang baik, dengar kata bertindak begitu. Tetapi mereka juga insan biasa, yang kesunyian, yang perlu perhatian dan kasih sayang.
Dan perlu diketahui, anak mereka juga sedang diperhatikan oleh manusia durjana berhati syaitan yang licik membuat perancangan.
Kisah benar, seorang pelatih Baitus Solehah, yang sebelum ini , saban hari pergi dan balik berada sendirian di rumah. Ibu bapa percaya anak mereka baik dan tidak melakukan apa apa yang dicurigai.
Benar, anak mereka baik dan taat.
Sebaik tiba di rumah, buka pintu pagar, buka pintu rumah dan kunci semula. Duduklah dalam rumah hingga ibu ayah pulang dari kerja.
Dia tidak sedar sering diperhatikan oleh seorang pemuda. Mula-mula pemuda itu cuma senyum. Kemudian beberapa bulan mula menyapa. Beberapa bulan kemudian, menghadiahkan gula gula atau aiskrim di pintu pagar rumah.
Beberapa bulan lagi, bertegur sapa sekadar tanya khabar. Akhirnya menjadi mesra. Anak merasakan dia pemuda baik yang tidak menakutkan dan mengambil kesempatan.
Suatu hari pemuda itu, minta air, konon rasa dahaga. Oleh kerana sudah percaya abang ini baik, diambilkan air dan pemuda itu berlalu pergi. Seterusnya 2, 3 kali minta air, mula di pintu pagar sahaja, kemudian di pintu rumah, dan akhirnya masuk ke rumah, tunggu di sofa.
Pemuda ini sudah faham rutin dan jadual pergi balik kerja ibu bapanya. Pemuda ini juga tahu pada waktu bila anak ini pulang dan apa yang dilakukan dalam rumah sendirian.
Suatu hari kemudian, pemuda ini sudah berani berbual-bual sambil menonton tv dalam rumah bersama anak ini. Setengah jam berbual, tanpa ada sebarang tindakan menakutkan dan curiga, pemuda itu akan keluar dan beredar.
Lama-lama anak ini merasakan dia disayangi dan diberikan perhatian. Ada teman berbual waktu ibu bapa tidak ada di rumah. Oleh kerana tidak berlaku sesuatu yang buruk, anak ini tidak pernah memberitahu ibu bapanya tentang pemuda ini. Dia tahu jika diberitahu pasti ibu bapanya marah dan melarang dia mengizinkan pemuda itu masuk ke rumah. Sedangkan dia merasa pemuda itu baik saja, dan tidak mahu kehilangan.
Dan saat ditunggu pemuda itu tiba, menjelang usia gadis itu 13 tahun bila telah mendapat kepercayaan total, pegang-pegang pun tidak ada larangan dari gadis sunti itu.
Akhirnya terjadilah suatu yang menakutkan dan trauma kepada gadis sunti itu. Dia menangis, dipujuk belai pemuda itu. Kejadian tidak berulang hingga suatu tempoh, kerana pemuda itu tidak mahu taruma yang dialami gadis sunti akan menyebabkan rasa benci.
Dibiarkan masa berlalu, kali kedua, dah ok, tak berapa takut. Kali ketiga dah rasa seronok. Lama-lama menjadi kebiasaan. Umur 13 tahun dah merasakan hubungan jasad lelaki perempuan menjadi suatu ketagihan. Tambahan ketika itu sudah bersekolah sessi petang, ibu bapa keluar pergi kerja awal pagi, ada banyak masa sebelum dia ke sekolah. Walaupun bukan tiap hari, tetapi tiap minggu hingga dia didatangi haid.
Pandai pulak, pemuda itu mengajar mengunakan kondom takut gadis sunti ini hamil. Pemuda itu singgah sebelum pergi kerja. Cuma sekitar 15 minit sahaja, selesai hajat, dia pun pergi.
Hinggalah umur gadis itu 16 tahun, telah bertukar pasangan 4 lelaki yang berhubungan jasad dengannya. Macam melakukan aktiviti ko kurikulum saja, tidak ambil masa yang lama untuk memanaskan badan. Dia tidak pernah melakukan pada waktu malam atau di luar rumah.
Mana ibu bapa nak sangka, anak mereka seorang ketagih seks. Tidak keluar rumah, tidak punya ramai kawan, tidak sering beronline. Hanya duduk dalam rumah, buat kerja sekolah dan bantu urusan rumah tangga. Seorang anak yang pendiam, rajin menolong kerja-kerja ibu di rumah.
Kisah ini hanya terbongkar apabila dia hamil. Ini pun ibunya tidak tahu kerana ibu menyangka dia hanya dirogol sekali sahaja. Anak ini tidak akan berani berkata benar apabila sudah terjadi perkara ini. Kisah ini diceritakan sendiri oleh gadis itu kepada saya, dikala saya berdua-duaan, untuk saya menyelami hatinya, akan pengalaman seksnya selama 5 tahun lalu. Dia hamil kerana kondom yang digunakan oleh pasangannya bocor.
Saya kongsikan kisah ini kepada ibu bapa budiman diluar sana agar prihatin, dan ambik tahu apakah aktiviti anak ketika mereka keluar bekerja. Perhatikan segala-gala kepunyaan anak di dalam bilik, beg dan almari, mana tahu terjumpa sesuatu yang mendatangkan pertanyaan. itu adalah clue untuk mengetahui aktiviti mereka.
Dan paling utama, jaga hubungan dengan Allah, amalkan ayat-ayat pelindung, mohon kepada Allah untuk memelihara diri dan keluarga dari syaitan iblis dan manusia durjana berhati syaitan. Tidak ada sessiapa yang dapat melindungi kita dan keluarga melainkan Allah jua.

No comments

Powered by Blogger.