Mayat Lelaki Yang Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Telah Ditemui

image.jpg (648×369)
Mayat lelaki yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada rabu selepas diberitahu akan dipenjarakan kerana menjual rokok seludup, ditemui nelayan pagi ini selepas 2 hari operasi mencari dijalankan.


Pada 8.40 pagi, pemilik kedai runcit Mohd Shukri, 38, ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung berhampiran pulau.
Nelayan berkenaan ternampak mayat terapung di permukaan air dan terus menghubungi 999.
Komander Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Mazli A Mutalib berkata mayat Shukri dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dan kemudian ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Mazli berkata pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari sejak Shukri dilaporkan terjun di jambatan itu pada pagi Rabu.

Dalam insiden itu, Shukri dikatakan meninggalkan motosikalnya di KM11 di jambatan itu arah ke pulau, dan terjun dari jambatan.

Dia sepatutnya berada di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi itu kerana Jabatan Kastam mengarahkan dia hadir ke mahkamah untuk didakwa atas kesalahan berkaitan penjualan rokok seludup.

Shukri meninggalkan nota di motosikalnya sebelum terjun, menyenaraikan nombor MyKad dan maklumat warisnya sebelum dipercayai terjun dari jambatan.
Sebelum itu, pemilik kedai runcit berasal dari Tasek Gelugor, Butterworth memuat naik kiriman di Facebook mengutuk pihak berkuasa dan kerajaan kerana tindakan ke atasnya.

“Ya aku mengaku salah perkara itu salah…tapi hukumannya tak setimpal. Yang pengarah tibai berjuta boleh lepas pula dengan duit jaminan. *** punya pimpinan kerajaan sekarang, berniaga kedai runcit kampung je, bukan untung besar pun,” katanya dalam apa yang didakwa sebagai nota terakhir ditujukan kepada isteri dan sahabat.
“Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mula ku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan. Ya Allah, ampuni dosaku,” tulisnya.

Rakannya berkongsi nota itu di WhatsApp dan ia menjadi viral. Cubaan untuk mendapatkan komen keluarganya masih gagal.
Tidak ada laporan orang hilang dibuat mana-mana ahli keluarganya. Penunggang motosikal yang melalui jambatan itu memaklumkan kepada pihak berkuasa. - amazingnara




Dalam Beg Mangsa


loading...

0 Response to "Mayat Lelaki Yang Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Telah Ditemui"

Post a Comment