Pilunya pertemuan ini...



Kuala Lumpur: Hasrat pesakit kanser usus tahap empat ingin bertemu dengan anak sulungnya selepas lebih empat tahun tidak bersemuka termakbul, hari ini apabila kisahnya menjadi viral di laman sosial.

Pesakit, Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dua minggu lalu dan disahkan pihak hospital keadaannya kritikal.

Raitul Afthal menyatakan hasrat ingin bertemu dengan anak sulungnya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, yang berada dalam jagaan bekas isteri, Aida Kosma Ahmad Serbawi, menjadi viral di Facebook sejak semalam.

Hasrat Raitul termakbul selepas bekas isterinya datang melawat di kediamannya di Kuarters KTM di sini dan menemukannya dengan Raykal Hakimi, 4.45 petang tadi.

Isteri Raitul, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, berkata, dia bersyukur impian suaminya yang dalam keadaan kritikal tertunai.

"Dia memang sudah lama ingin bertemu dengan anak sulungnya sebelum dia sakit lagi.

"Semoga dengan pertemuan ini dia bersemangat untuk melawan penyakitnya sambil menantikan anak bongsunya yang masih dalam kandungan," katanya.

Norsyahirah dijangka melahirkan anak pertamanya bersama Raitul pada awal November ini.

Sumber: hmetro
loading...

No comments

Powered by Blogger.