SAYU : FOTO VIRAL BUKAN ADIK AQILAH TAPI ADIK IRFAN ZIKRY .. ADIK COMEL INI TELAH DIJEMPUT ILAHI -JURURAWAT (4 FOTO)



Kisah adik Nur Aqilah Amni berusia 1 tahun 11bln skrg dirawat di ICU Hosp Pulau Pinang kerana kecederaa parah di bahagian kepala(retak tempurung kepala) akibat jatuh dari tingkat 1 Pusat Membeli Belah Bukit Jambul, penang telah membuat ramai sebak dan ramai yang turut simpati apa yang berlaku. 

Namun disebalik kisah Adik Aqilah ada sedikt RALAT yang mana gambar yang tersebar bukan lah Adik Aqilah tetapi sebalik nya seorang kanak-kanak yang juga terlibat dalam kemalangan dan di rawat disebuah Hospital di Seberang Jaya Pulau Pinang dan bukan di Hospital Pulau Pinang.

Nanum adik yang dikenali dengan nama irfan zikry ini telah di JEMPUT ILAHI semalam impak dari kesan kemalangan yang dihadapi nya.


Kisah sedih ini dicerita kan oleh seorang Jururawat yang merawat arwah di Hospital Seberang jaya Pulau pinang, ini apa yang diceritakan oleh jururawat ini di laman sosial nya.

" Semalam maka berakhir lah post night duty aku. Selama aku incharge adik ni. Aku rasa sedih sgt. Adik ni kecik lagi. Baru umoq 4 tahun 9 bulan. Merupakan anak tunggal. Comel lak tu.
.
Adik ni accident dengan mak ayah dia dekat Permatang Pasir, Sg Dua kalau tak silap lah. Orang mabuk langgaq depa.

.

Ayah cedera sikit. Mak patah tangan.
Tapi adik ni tercampak. Dan dapat pendarahan dalam kepala. Otak dia dah tak berfungsi (braindeath), semuanya bergantung pada ventilator dan bantuan IVI Noradrenaline. Dari segi kata lain menunggu masa. 
.
AllahuAkbar. 
Aku tengok muka mak abah dia. Mata bengkak, muka sembam. Aku tau bertapa sedihnya tengok keadaan anak yang dikandung. Yang dijaga dari kecik. Tambah tambah bila dapat tau hanya ini anak yang depa ada. 
.
Aku ingat lagi bila mak dia tanya aku.
"Agak agak pesakit macam ni bila boleh buka mata ya?"
Tapi aku cuma mampu diam. Kelu. Tiada jawapan yang mampu aku ungkap.
"Kak, banyakkan berdoa. Kuat" cuma ni yang aku mampu ungkap.
.
Bila selisih dgn tok dia. Tok dia tanya lagi 
"Bila lah adik nak sedaq. Adik bangun lahh. Misi, bila adik nak sedaq? Lama lagi ka?"
Satu lagi soalan yang buat aku diam seribu bahasa. Nasiblah ada senior (kak wani) aku yg mampu jawab dengan nada tenang.


"Adik dah tak ada makcik. Otak dia dah tak berfungsi. Jantung dia ja yang masih berdegup."

Berkerut muka tok dia tahan sedih. Allah.
.
Masa tu aku rasa sebak sgt dah. Tak tahan weh.
Kecik lagi adik ni.
Hati perempuan mana yang tak tersentuh.
teruskan berdoa buat adik Irfan Zikry.

** update 11.02pm. Adik Irfan Zikry telah kembali ke RahmatuLlah pukul 8.45pm tadi. Syurga tempatmu sayang. Al Fatihah "

Admin bagi pihak blog ini memohon MAAF kepada Kpl Zuraimihisham ayah kepada Adik Aqilah atas ralat gambar terbabit yang mana kami juga ada menyiarkan gambar tersebut di Blog kami kami juga mendapat gambar ini dilaman sosial yang telah dikongsi oleh ramai orang dilaman sosial, kami doakan semoga adik Aqilah cepat sembuh.

Kepada keluarga adik Irfan Zukri kami mengucapkan salam Takziah roh adik Irfan dicucuri rahmat syurga menanti mu sayang, terima kasih kami juga kepada Jururwat Umie Yukay kerana menceritakan kisah sebenar mengenai gambar viral ini -BS 
loading...

0 Response to "SAYU : FOTO VIRAL BUKAN ADIK AQILAH TAPI ADIK IRFAN ZIKRY .. ADIK COMEL INI TELAH DIJEMPUT ILAHI -JURURAWAT (4 FOTO)"

Post a Comment