Selepas Ayah Dia Meninggal. Baru Aku Tau PERANGAI MENGEJUTKAN Kak Di !!!

Salam sejahtera kepada semua orang yang membaca dan terima kasih kerana menyiarkan kisah saya ini. Selepas kejadian DUKE yang selalu dishare rakan2 saya, saya juga bersimpati dengan kedua-dua adik beradik Amira & Aqila. Cerita yang hendak saya sampaikan ini juga berkaitan dengan anak yatim. Tapi jauh sangat sangkaannya.



Saya ada seorang saudara dimana ibunya adalah sepupu ayah saya. Saya panggil Kak Di. Dia bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan nak dikatakan seluruh adik-beradiknya bermasalah. Ayah saya bukannya anak sulung tapi dia antara anak lelaki bongsu dalam keluarga dia tapi dia jugalah yang banyak hulurkan duit pada sepupu dia tu, ibu kepada Kak Di.
Beberapa bulan lalu, kami dikejutkan dengan berita ayah Kak Di meninggal sebab excident. Keluarga dia memang susah, ayah dia bawa lori. Mak pula takat jual kuih kat sekolah dgn tepi2 jalan. Memang saya bersimpati betul dengan dia. Saya dapat berita pak sedara saya meninggal masa tengah kerja, tapi saya terus keluar awal untuk beri penghormatan terakhir.
Bila sampai rumah Kak Di, saya rasa kesian sangat sebab rumah dia betul2 daif. Ramai orang taman datang tapi rumah terlalu kecik, masa tu tangan saya dah hulur rm100 pada dia dan rm100 pada ibu dia. Selepas upacara pengebumian, saya bawa saudara saya yang lain pergi makan. Mungkin sebab lepas belajar, saya sibuk bekerja, jadi saya tak ada masa nak jumpa mereka. Kak Di tak ikut sebab dia kata dia sedih sangat.
Bila borak2, baru saya tahu selama ni saya bodoh sebab kesian dia. Sebab apa?
Kak Di kuat penipu.
Mulanya ada adik Kak Di tanya saya kenapa dia tak dapat rm100 macam akak dia dapat. Saya termangu seketika. Saya cakap takpe, hadiah dari saya. Dan dia balas apa? Dia cakap akak suruh minta RM200 lebih banyak lagi sebab dia dah jadi anak yatim.
Masa tu bukan saya je, tapi semua sedara termasuk family saya rasa terkejut. Terkesima. Bila dia tanya lagi, saya elak jawab sebab cakap saya tak bawa duit cukup. Dia terus diam. Bila dah hantar dia balik rumah, baru ayah saya bersuara, kata lain kali tak perlu bagi duit pada keluarga diorang. Saya masa tu sedih sangat sebab perkataan tu keluar dari mulut ayah saya.
Pastu ayah mula beritahu satu persatu apa dia dah buat. Kak Di pernah beritahu saya dia kerja lepas tamat belajar. Tapi ayah kata lepas abis belajar dia hanya duduk rumah selama 3 tahun. Tak pernah cari kerja. Alasannya nak tolong mak uruskan rumah sebab ayah selalu keluar tiap2 minggu untuk kerja. Kedua, mak dia minta pinjam motor dari ayah saya, so ayah saya pinjamkanlah. Tak sampai seminggu, ayah dapat tahu motor tu kena curi. Bila ayah report polis, baru dorang cerita hal sebenar. Motor tu tak kena curi tapi dorg jual. Duitnya beli barang kemas. Setahun ayah saya tak bertegur dengan mak dia. Tapi lepas ada majlis hari raya, mereka berbaik.
Ketiga, suatu hari Kak Di pinjam rm8000 dari ayah dengan ibu sebab katanya nak sambung belajar. Bukan main gembira lagi ayah bagi. Bangga ada anak buah masuk universiti. rupa-rupanya dia guna duit tu berjoli kat singapura. Apa sebab dia kantoi, sebab dia cakap dia sama universiti dengan aku. Setahun lebih ayah aku kena tipu wey. Tapi ayah aku tak pernah beritahu aku apa-apa. Masa tu la berlaku perang dingin lepas ayah aku sound dia kat rumah dia. Semua sedara ada masa tu. Dia minta maaf dari ayah aku dan janji nak bayar. Ibu saudara aku (adik kandung ayah) siap cerita lagi sebab diorang tak pernah tengok ayah aku marah. Jerit pun tak pernah. Lepas tu, 5 tahun dah, ayah aku tak tegur family dia dan dia sendiri takut kalau terjumpa ayah aku mana-mana.
Beberapa hari lepas ayah Kak Di meninggal, Kak Di datang rumah minta maaf sungguh-sungguh kat ayah aku. Minta ayah aku halalkan duit- duit tu. Jawapan ayah aku? ‘Yang meninggal tu ayah ko, bukan ko! Kalau ko tak bayar habis, aku repot polis!’
Dia nangis masa tu tapi hati aku takde simpati dah. Baru2 ni dengar plak berita dia sebenarnya tak miskin pun. Ayah dia sebenarnya gaji tinggi tapi dia menghabiskan duit ayahnya. Lepas dia dapat tahu aku dengan abang aku ada kerja tetapi kat bahagian swasta, dia selalu tanya khabar dan minta aku nasihat ayah aku supaya halalkan duit tu. Kitorang sabar je.
Tapi semalam, dia buat hal kata ayah aku biar merempat. Sakit hati aku wey!!! Rasa macam nak tumbuk2 je muka dia. Siap boleh cakap ayah aku sepatutnya tanggung dia dengan adik perempuan dia sebab dorang dah jadi anak yatim. Hahahaha lawak kan…ayah aku bukan wali diorang pun. Ramai lagi saudara belah ayah dia yang berkemampuan. Ramai pakcik dengan makcik aku dah nasihat ayah aku untuk tak berlembut lagi. Bukan report polis je. Maybe kitorang akan saman malu. Tapi tak dengar lagi berita apa2. Dia mula call saya minta kepastian tapi saya cakap bukan masalah saya. Terus saya block.

Aku cuma nak ceritakannya sebenarnya walaupun gelaran saudara, tak semestinya diorang sama dengan korang. Hati-hati la juga bila bantu diorang. – che kak via IIUM.

Sumber: bacaviral

No comments

Powered by Blogger.