Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 Telah Diumumkan

Selepas meraih jumlah penonton dan peminat yang tinggi, program Gegar Vaganza diteruskan lagi untuk musim ke 3.
Hari ini bertempat di  Trec KL, Jalan Tun Razak, pihak Astro telah mengadakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan senarai penuh peserta Gegar Vaganza 3.
Seramai 6 orang penyanyi lelaki dan 6 penyanyi perempuan telah pun dipilih melalui satu sesi ujibakat.
Berikut senarai peserta Gegar Vaganza 3 : –
  1. Ameng Spring
  2. G-Mee Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidee Data
  6. Zarul Umbrella
  7. Azharina
  8. Elly Mazlein
  9. Intan Sarafina
  10. Nora
  11. Siti Sarah
  12. Zur Eda
Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih lagi dikekalkan sebagai pengacara dan Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim juga masih kekal sebagai juri tetap.
Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.
Sumber: beautifulnara

No comments

Powered by Blogger.